Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, July 09, 2007

Balik Muar

Semalam abah ajak aku balik Muar sebab nak hantar atok aku. Tujuan abah ajak aku balik Muar sebab nak suruh aku jadi co-pilot. Abah aku dah tak larat dah nak drive jauh-jauh ni. Gerak dari rumah semalam pukul 2 lebih. Masyaallah, jammed nye lah kat Sungai Besi. Nasib baik bukan aku yang drive. Memula abah aku drive dulu. Lepas tol Sungai Besi baru tukar ngan aku. Gerak dari tol Sungai Besi pukul 4 petang. Aku boleh bawak laju giler. Sejam setengah dah sampai Muar. Ahaksss. Gilo ko apo. Tu pun bawak kereta abah. Kalau bawak Myvi, tak der nye nak sampai sejam setengah kat Muar. Sampai je kat Muar, abah teringin nak makan mee bandung muar. Atok aku cakap kalau nak makan mee bandung, dekat ngan Sungai Muar sedap mee bandung die.


So, ke tepi Sungai Muar lah kitorang pegi.
sampai sane, dah siap-siap parking semua, ade sorang mamat ni tegur aku. Aku ni dok terpinga-pinga lah and dalam fikiran aku dok cakap, sape pulak lah yang kenal aku kat Bandar Muar ni. Rupa-rupanya Abang Faizal Hijjaz yang tegur. Ahakssss. Merasa weh artis tegur peminat. Muahahahaha. Siap tanya aku buat ape kat sini? Die dok ingat aku datang sesaje ape nak tengok konsert diorang. Padahal aku tatau pun diorang buat konsert kat sini.


Aku cakap lah aku balik kampung. Diorang siap suruh aku gi konsert diorang malam ni. Nak pegi camane. Dah nak balik terus ke KL dah lepas hantar atok aku.
Lepas dah borak ala kadar, aku pun mintak diri dan menghala ke kedai mee bandung yang amat sedapsss itu. Serius sedap. Aku makan share je ngan mak aku. Licin pinggan aku hirup kuah mee bandung tu.





Lepas dah habis makan, terus menghala ke rumah atok aku. Lepak kejap je. After maghrib terus gerak balik KL sebab hari ni keje.

p/s : Kat sini kat mane ek nak cari mee bandung sedap? Aku mengidam weh. Huhuhuhu

No comments: