Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 14, 2007

Jalan-Jalan Hari Jumaat


Hari ni aku ade kursus Perkhidmatan Pelanggan dan Kaunter Berkualiti kat JPbSM. Aku, Kak Ika ngan Marina antara yang terawal sampai kat JPbSM. Memula ingatkan kursusnye setengah hari jer sebab dalam surat memang tulis masa 9 pagi hingga 1 tengahari. Sekali, Abang Mie bagitau sebenarnya kursus ni Sehari suntuk. Habis tu, camane kan. Dalam surat dah bagitau sampai kol 1 jer. Die bagitau tu typing error.

Bile dah masuk Dewan, we all tanya lah kat penceramah tu kursus hari ni sehari suntuk ke atau setengah hari. Sekali, die jawab setengah hari jer sebab petang die ade meeting. Selamat aku. Bosan weh kalau kursus sehari suntuk. Alhamdulillah, penceramah pun tak der lah membosankan sangat. Gelak aje keje nye. Makan memang best. Makan pagi je, kuew tiaw goreng ngan 4 ketul kuih. Tu pun siap boleh tambah lagi kuih. Ahakssss.

Makan tengahari pulak sampai 4 jenis lauk. Tu belum campur ngan ulam dan sambal belacan nye. Peghhhh, kenyang perut aku. Confirm balik karang memang tak makan dah. Tapi, kena jugak lah makan yang ringan-ringan balik karang sebab malam ni nak membakar kalori kat Midvalley. Hehehehe.

Lepas dah habis makan, pegi ke Kolej Cempaka ambik Ain. Lepas tu terus menghala ke Klang sebab nak gi ambik Cupcakes yang Naddy tempah kat Anne. Malam ni nak pegi jumpa die pass the cupcakes. Tak sabar nak jumpa Naddy sebab tak pernah jumpa die before this. Cam first date pulak.


Lepas dah ambik Naddy punya Cupcakes, terus menghala ke Shah Alam Mall. Ain nak beli barang. Aku beli Lip liner ngan susu je nak buat caramel malam ni. Selain tu, aku beli VCD citer 200 Pounds Beauty. Inspirasi untuk orang-orang yang bertubuh comel cam aku ni untuk kurus yer. Ahaksss.


Happy weekend y'all. Have a nice weekend eh.

No comments: