Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 13, 2007

ABC and Chocolate Cake

Siang tadi pegi Shah Alam beli kain lagi. Mak aku lah sibuk nak buat baju kurung riau yang kembang kat bawah tu. Lepas dah beli kain, adik aku sibuk suruh aku beli bahan nak buat kek. Memandangkan mood aku ok nak buat kek, aku pun beli lah bahan-bahan. Lepas tu, terus menghala ke Seksyen 2 sebab nak makan ABC sedap kat Pegaga.




Lepas dah makan ABC sedap tu, terus menghala balik rumah sebab tak solat asar lagi. Aku memulakan operasi Coklat Cake aku lepas solat maghrib. Senang je sebenarnya nak buat kek ni sebenarnya. Nak ngan tak nak buat jerk. Hehhehe. And my chocolate cake turn out sedap. Ahakssss. Ape daaaa, puji diri sendiri.







Memula ingatkan nak beli cup. Nak bakar dalam cupcakes. Tapi, Leceh lah pulak kalau buat dalam cup. So, the best way, bake je dalam love tin ni. Senang keje den. Kalau nak resipi, nanti-nanti lah eh. Resipi cincai jer ni. Mak aku siap cakap ape tau masa aku tengah buat kek ni. Good sign to get married ni. Muahahaha. Tak pernah seumur hidup aku ni buat kek tau. Tapi, bile kek dah siap, rasa cam tak caya aku buat kek tau. Cehhhh, bangga kejap ngan diri sendiri.

No comments: