Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 21, 2007

Bali Day 1

Bangun hari ni paling lewat sekali. Orang semua dah siap-siap nak pegi breakfast, kite baru terhegeh-hegeh nak bangun. Memula aku ingat Bali punya masa ngan malaysia ade perbezaan waktu. Rupa-rupanya jam kat hotel tu lewat sejam. Haru je tau. Lepas dah siap-siap terus gi breakfast kat cafe. Lepas breakfast, terus siap-siap tunggu kat depan lobby sebab nak pegi tengok tarian Barong kat Batu Bulan.





Orang Bali cakap, kalau pegi Bali, tak sah kalau tak pegi tengok Tarian Barong ni. Tapi, bagi aku lah kan, kalau tak tengok pun tak per lah. Amat bosan giler okeh. Mengantuk sangat-sangat tengok tarian barong ni. Umar ngan siti siap tido lagi okeh. Hahahaha. Ini lah bukti yang menunjukkan tarian barong tu amat lah bosan giler. Siti and Umar, sila jangan marah ok. Hahahaha.




Lepas tengok tarian barong, masuk-masuk bas je, ade roti and air coke. Sedap betul roti time-time lapar ni. Ahakssss.



we all di bawa ke Pasar Sukawati untuk Shopping barang-barang kraftangan. Pak Madi our tourist guide siap suruh we all tawar sampai 70% tau. Aku borong souvenir untuk member-member ofis semua kat sini. Malas dah aku nak fikir nak beli souvenir dah. Banyak giler pulak aku shopping kat Pasar Sukawati ni. Aku siap beli selipar jepun yang ade beads kat pasar sukawati ni. Murah gilerrrr. Selipar tu harga lebih kurang RM3.50 jer. Murah kan?



Lepas dah puas shopping kat Pasar Sukawati, terus menghala ke Kintamani sebab nak pegi lunch kat sane. Masa on the way ke Kintamani, tido je keje nye sebab perjalanan lama sangat aku rasa. So, the best way, tido aje lah kan. Sampai-sampai kat Kintamani, gi makan kat restoran Grand Puncak Sari. Makan ala-ala buffet kat sini. Tapi, kena pilih-pilih jugak sebab kat sini kan kena jaga sikit bab-bab makan ni. Sebab kan kat Bali ni ramai hindu.

Permandangan kat Kintamani ni memang lawa sangat-sangat. We all dapat tengok Gunung Batur dengan amat lah jelas sekali.









Lepas dah puas bergambar kat Gunung Batur, terus we all menghala ke kawasan padi bertingkat. Kat sini pun lawa sangat-sangat tempat die. Kenape lah kat Malaysia tak der padi bertingkat ni kan.






Lepas tu, terus menghala ke Ubud untuk dinner. We all dinner kat Restoran Tepi Sawah. View nye sudah semestinya lah tepi sawah padi kan. Makan kat sini best sangat-sangat. We all makan seafood je lah kat sini pun. Tak boleh nak makan ayam semua. Kat restoran ni famous bebek goreng. Bebek tu itik yer kawan-kawan. We all kena lupakan lah hasrat nak makan bebek goreng.







Lepas makan, balik hotel, rehat and tido.

Nak tengok lagi gambar-gambar Bali Day 1 ni, Sila ke MULTIPLY ok.

To be continued......

No comments: