Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 22, 2007

Bali Day 2

Bangun hari ni terlebih awal lah pulak. Lepas breakfast, terus siap-siap sebab pagi ni nak gi ke Pura Taman Ayun. Tak der ape yang menarik sangat kat Pura Taman Ayun ni. Berenti kejap and ambik-ambik gambar je.







Lepas tu, terus menghala ke Bedugul untuk makan tengahari. Tak ingat dah lah ape nama restoran yang we all gi makan kat Bedugul ni. Tapi, makanan best-best and kat Bedugul ni sejuk sangat-sangat. Masa we all sampai kat Bedugul ni, masa tu tengah gerimis. we all solat kat sane sebab ade masjid atas bukit ni. Masa nak naik tangga tu, aku rasa cam sesak nafas betul. 3 kali berenti tau masa naik tangga nak ke masjid tu. Aduhai, haru sungguh tau.





Lepas tu, pegi kat satu tempat ni. Tak ingat dah ape nama tempat tu. Tapi, ade danau lah untuk org main jet ski and memancing. Tapi, masa tu memang tak nampak ape-ape sebab berkabus. Sempat lah shopping souvenir kat sini. Cuaca bertambah lah sejuk sebab hujan kan. Sempat beli strawberry kat sini. sedap sungguh strawberry. Lama betul tak makan strawberry.




Lepas tu, terus ke Alas Kedaton sebab nak tengok Kera. Memula, ingat kan tak nak pegi lah kan tengok kera ni sebab hujan. Tapi, hujan tetiba berenti lah pulak. So, pegi lah jugak. They all panggil kera-kera kat sini, kera suci. Something like that lah. Tatau lah pulak kenape diorang panggil kera suci. Tourist Guide tu ade mention kot kenape kera tu di panggil kera suci tapi, aku tak pay attention sangat lah. Ke aku tengah tido masa tu. Ahakssss. Yang best nye kat Alas Kedaton ni, umar kena attacked ngan sekor kera ni. Siap naik atas bahu umar lagi tau. Scary sungguh tau.






Lepas tu, terus ke Tanah Lot. Tengok Pura Luhur iaitu sebuah temple yang di kelilingi oleh air laut. Aku tak interested sangat nak tengok temple tu. Aku lebih interested nak ambik gambar jerk. Sebelum tu, gi tengok ular suci kat satu gua ni yang dekat ngan temple tu. Tatau lah kenape diorang panggil ular suci. Kecik je ular tu. Tak ambik gambar pun. Tengok pun sekejap je sebab aku ni kan penggeli ngan ular. Karang mau nye aku tak bukak blog ni sebab aku letak gambar ular tu. Ahaksss. Ingat kan dapat lah tengok sunset kat Tanah Lot ni. sekali, matahari tak der lah pulak kan sebab hujan.







Lepas sessi ambik-ambik gambar, teruskan ngan shopping pulak. Ni last shopping kat Bali sebab nye esok pepagi lagi dah nak bertolak ke Jogja. So, shopping lah puas-puas kan. Aku beli shirt ngan souvenir untuk boss aku jerk. Lepas dah habis shopping, we all teruskan perjalanan untuk makan malam pulak. Makan malam kali ni kat Kuta. Abah, Pak Wiwik, Pak Agus ngan Jessy dah tunggu kat sane dah. They all pegi sane lepas main golf kat Kuta. Actually, trip ni abah aku tak join kitorang sangat sebab abah aku banyak habiskan masa main golf ngan kawan-kawan abah.




Balik hotel, kemas-kemas barang. Lepas mandi, siap-siap untuk pegi lepak kat tepi pantai ngan adik-adik aku ngan Eddy sekali. Last day baru ade peluang nak lepak-lepak tepi pantai. Yer lah kan, esok nak bertolak ke Jogjakarta dah. Nak dekat pukul 1 pagi baru lah masuk bilik sebab esok pepagi dah nak kena bangun awal sebab flight pukul 8 pagi.






To Be Continued........

No comments: