Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, August 27, 2007

Jakarta - Last Day

Hari ni bangun and kemas-kemas ape yang patut then terus pegi breakfast kat cafe. Lepas breakfast, naik bilik ambik beg and jumpa Eddy ngan Cika kat lobi. Lepas dah borak-borak sikit, teruskan perjalanan ke ITC Mangga Dua untuk shopping lagi. Janji nak jumpa balik pukul 2 petang. Kali ni shopping aku ngan mak aku berpecah. Aku ngan Kak Ya pegi cari handbags. Mak aku ngan adik-adik aku pegi arah lain. Meroyan lagi kat sini tengok bermacam-macam rupa handbags kat sini. Aku siap beli 6 handbags lagi tau. Kak Ya beli 3 ke 4 tak ingat. Syida beli 2 handbags and siti beli satu handbag. Syok nye lah membeli belah handbags.



Nampak tak security check yang cam kat airport tu? Ni kat depan hotel tau.




Lepas dah puas bershopping, pegi lunch kat food court ITC Mangga Dua. Makan kat HOKA HOKA BENTO. Hoka Hoka Bento ni Pak Agus punya kedai. Sedap lah jugak makan kat sini. Selalu nye mane ade aku makan sangat japanese food. Tapi, kat Hoka Hoka bento ni boleh lah makan.




Lepas dah makan, terus menuju ke airport untuk balik ke KL. Sepanjang perjalanan aku tido jerk. Penat banget weh. Sampai airport, masukkan handbags kat dalam luggage and we all terus gi solat. Pening pulak kepala. Mak aku kate ape tau, yer lah pening kepala, duit dah habis. Aku balas lah balik, bukan pening kepala duit dah habis jer. Tapi, esok dah nak kena keje. Huhuhuhu. Tak puas bercuti tau.

Lepas solat, ganti tempat abang aku pulak jaga barang. Time ni lah aku jumpa member aku YANA. Memang aku plan nak datang Jakarta ni sebab nak jumpa ngan Yana. Tapi, disebabkan family die pun datang melawat die kat sini jugak and die tu busy ngan hari kemerdekaan Indonesia, tak jadi lah aku jumpa die. Sekali, jumpa jugak die kat airport ni. Aku ingat aku satu flight lah ngan family die. Tapi, tak sebab family die naik KLM. Family aku naik Air Asia. dah jadi cam org Indonesia dah kawan aku sorang ni lah. Ahakssss.

Lepas dah naik flight, masa untuk menidurkan diri. Flight we all pukul 6 petang. Sampai kat LCCT pukul 9 malam. Terus naik bas ke KL Sentral. Dari KL Sentral kena tunggu pulak abah ambik kereta kat ofis. On the way back to Sungai Buloh, berenti solat kat Jejantas Sungai Buloh. Abah aku lapar. Makan KFC je malam tu. Sampai rumah pukul 12 lebih. Aku boleh tak mengantuk. Boleh lagi aku kemas-kemas barang and asingkan barang-barang yang nak bagi kak member ofis aku. At last, aku tido pukul 3 pagi. Pukul 6 lebih aku boleh bangun lagi gi keje tau.

No comments: