Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, August 24, 2007

Jogjakarta - Bandung Day 4

Pagi ni wake up call pukul 6 pagi. Bukak-bukak langsir, hari dah cerah dah walaupun pukul 6 pagi. Pagi ni terus siap-siap kemas beg sebabnye nak check out dah. Tak puas dok kat Novotel, dah nak kena check out dah pun. Lepas tu, terus turun gi breakfast kat cafe. Makan setakat yang termampu dan boleh di terima oleh perut je. Pegi bercuti ni asyik makan, makan and makan. Kalau dok kat KL tak hiraukan sangat pasal makan-makan ni.

Lepas makan, ambik-ambik gambar lagi kat lobi hotel sebab Pak Agus, Jessy and Eddy nak balik Jakarta naik flight pagi ni. Agenda we all diteruskan dengan melawat Keraton Jogja yang juga di kenali sebagai Istana Sultan. Bertolak dari hotel dalam pukul 8 pagi. Perjalanan ambik masa dalam 20 minit je. Sampai je kat Keraton, we all pun masuk lah ke dalam sambil diiringi oleh seorang cam ala-ala pemandu pelancong lah. Die lah yang terangkan ape yang ade kat dalam keraton tu.







Lepas dah habis round kat dalam keraton tu, berenti lah kejap sebab pemandu pelancong kat Keraton tu kate ade org akan mainkan muzik gamelan. So, lepak lah kejap kan. Masa muzik dah start je, aku tak leh terima lah muzik ni. Mengantuk banget. Terus angkat kaki and montot kuar dari keraton tu. Kat luar Keraton, tengok org buat rokok. sambil-sambil tu dok tengok gambar yang diorang snap masa we all memula masuk keraton. Ala-ala model pun ade jugak gambar-gambar yang diorang jual tu. Jual sikit punya mahal. Bile abah aku bising-bising kate diorang ambik gambar kitorang ni tanpa izin, baru lah diorang nak jual murah. Kelakar lah abah aku tu. Tak sangka abah leh cakap camtu.

Ade satu cerita kelakar masa kat luar keraton sebelum naik bas. Cerita ni melibatkan aku ngan Umar. Ahaksss. Sebelum naik bas, ade lah sorang mamat ni jual spek. Lawa-lawa lah kan spek die. Aku bolayan kan aje lah kan. Masa tu, aku ngan Umar dah nak sampai bas dah. Aku pun sesaje je lah tanya harga spek tu, mamat tu pun bagitau lah harga spek tu 10,000 rupiah. Aku pun terkejut beruk lah. Siap patah balik tu. Ahahahaha. Tapi, aku tak beli lah. Umar je yang beli. Spek tu pun lawa sangat. Ala-ala Ray Ban pun ade jugak.

Lepas tu, terus diorang bawak we all gi lunch kat HOTEL IBIS. Makan kat hotel ni, cream soup die sedap banget lah. Tak leh lupa sampai skrg. Lepas dah makan, mak ngan abah pegi Malioboro Street sebab nak beli kain batik. We all malas nak ikut sebab tak intersted sangat ngan batik. Tapi, just jalan-jalan kat mall je. Hotel Ibis ni sebelah je ngan mall. Jalan-jalan je tak beli ape pun. Lepas dah jalan-jalan lebih kurang, masa untuk ke Stesen keretapi. Masa tu lebih kurang pukul 12 lebih. Keretapi yang we all nak naik pukul 1.50 petang. Sebelum tu, sempat lah nak gi solat ape semua kan. Lepas solat, lepak kat dalam VIP Lounge. VIP Lounge die lebih kurang same je ngan Stesen Keretapi Singapore. Sedap nye lah lepak atas sofa empuk die. Lena we all tido. Ngan aku sekali tido. Aku bangun-bangun je aku tengok semua tido kepenatan.


Dalam keretapi, aku tido pun sekejap je. Selebihnya, aku borak-borak ngan Pak Han. We all naik keretapi first class. So, dapat lah makan. Diorang bagi makan nasi goreng. Ok lah, not bad lah nasi goreng die. Buat alas perut je kan.


Dalam pukul 9 malam, we all sampai kat Stesen Keretapi Bandung. Sesampai nye we all kat bandung, dah ade bas menanti dah pun. We all naik bas and di bawa oleh Pak Han and pemandu bas tu ke restoran masakan Sunda BUMBU DESA. Masa kat BUMBU DESA ni lah first time merasa Teh Botol. Sedap. Rasa cam teh bunga. Makanan kat sini pun sedap-sedap jugak.





Lepas dah makan, terus we all di bawa ke Tempat penginapan we all. Kat Bandung ni, we all stay kat THE JAYAKARTA. We all dapat Boutique Suite. Bilik die cantik sangat-sangat. Tapi, aku tak puas hati betul lah. Bilik air die tak der pintu. Die main letak langsir je. Hihihihihi. Tak leh terima betul aku tau. And lagi satu, suite ni tak mengadap swimming pool. And view yang we all dapat ni amatlah tak lawa.

Lepas dah settle ape-ape yang patut, masa untuk tido.

To Be Continued.......

No comments: