Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 23, 2007

Jogjakarta Day 3

Hari ni terjaga dari tido dalam pukul 4 lebih. Bangun terus mandi and siap-siap semua. Pukul 5.30 pagi dah pegi breakfast kat cafe. Lepas dah breakfast, terus siap-siap naik bas ke airport sebab nak gi ke Jogjakarta pulak hari ni. Kali ni pegi Jogjakarta naik GARUDA INDONESIA. Masa kat atas flight, diorang bagi roti. Ok lah kan daripada Air Asia kena beli. Ahaksss. kecoh lah pulak. Dah tambang murah, banyak lak songeh. Hahahaha.



Sampai kat Jogjakarta tak ingat pukul berape. Lepas dah sampai kat airport, bas pun dah ade. So, naik lah bas. Masa dah naik bas tu, pemandu bas ni jenis yang gopoh lak tu. Boleh pulak die langgar teksi. Sabo je lah aku tau pemandu bas ni. Gelojoh betul driver bas ni tau.




Lepas tu, we all pun meneruskan perjalanan ke Candi Borobudur. Lama giler perjalanan nak sampai ke Candi Borobudur. Aku sempat tido sebelum nak sampai ke Candi Borobudur tu. Lupa nak habaq, tourist guide we all masa kat sini muka die cam ala-ala pelakon faizal yusuf yang berlakon cerita manjalara tu yang jadi polis tu. Ahaksss. Nama die Imam Widodo. Cakap english pun ok. aku suka sangat cara die cakap english. We all panggil die Pak Imam.

Masa dah sampai tu, cuaca sikit punya panas lah kat Jogjakarta ni. Aduhai, tak tahan lah. Iera, Kak Ya ngan Dina tak naik. Iera ngan Kak Ya sakit perut. Buatnya dah naik kat atas candi Borobudur tu, terasa nak membuang, haru je kan. Dina pulak sebab kecik sangat. So, we all pun pegi lah dengan semangat waja nya nak memanjat candi borobudur.











Mula-mula aku ngan Siti hampir-hampir nak surrender dah untuk memanjat tangga candi borobudur tu. Tapi, aku bangga dengan diri aku sendiri sebab kuatkan jugak semangat untuk menakluki salah satu keajaiban dunia.

Lepas dah turun dari candi borobudur, on the way nak ke bas sikit punya jauh lah. Lagi satu yang aku meluat tak abis-abis ngan org yang jual cenderamata kat sini. Dah lah org tanak beli, siap paksa-paksa orang suruh beli. Meluat tau. Tourist guide dah pesan awal-awal dah jangan beli barang-barang kat situ sebab barang-barang kat situ tak der kualiti. Karang beli kejap dah rosak. Yang kesian nye kat Pak Wiwik lah. Perempuan tu dok ikut die daripada candi borobudur tu sampai lah ke bas. Haram Pak Wiwik tak layan. Ahaksss.


Lepas tu, abah, Pak Agus, Pak Wiwik ngan Jessy gi main golf. We all meneruskan perjalanan untuk makan tengahari kat JOGJAKARTA PLAZA HOTEL. Menurut kata tourist guide kitorang. Jogjakarta Plaza Hotel ni ialah satu-satunya hotel 4 bintang kat Jogja ni. Senang nak makan kat Jogjakarta ni sebabnya penduduk Jogjakarta ni 85% of them is islam. So, memang tak der masalah lah kan bab makan-makan ni.



Lepas makan, singgah kat masjid Universitas Gadjah Mada untuk solat. Aku suka sangat masjid kat sini. Jenis open air. Tak payah pakai aircond.




Lepas dah solat, terus menghala ke Gunung Merapi. Jalan sikit punya bengkang bengkok. Pening kepala aku. Solution nye, tido je lah kan. Nak bagi kurang sakit kepala. Sampai-sampai kat sane, tak nampak pulak gunung merapi nye sebab di tutupi oleh kabus. Aduhai, sabo je lah aku tau. Diorang semua naik sampai atas. Aku, mak ngan siti lepak kat bawah je. Memang nampak lah kesan-kesan letupan gunung merapi ni yang last meletup sekitar bulan Jun tahun lepas. Ni salah satu Gunung merapi yang aktif lagi.






Kalau nak tengok perbezaan tempat yang terkena letupan gunung merapi tu kan, kat bawah ni ade gambar nye.



Misal kate lah kalau tak berkabus kan, Gunung merapi memang jelas giler lah boleh nampak. Gambar kat bawah ni pun adik aku snap masa dalam plane pagi tadi. Memang jelas giler nampak dari dalam plane.




Lepas dah puas ambik-ambik gambar semua, terus turun menuju Bandar Jogja sebab nak check in hotel. Badan pun dah rasa tak selesa. We all check in kat NOVOTEL. kali ni dapat bilik jauh-jauh antara satu sama lain. Leceh betul lah. Kalau dekat, senang nak lepak-lepak.




Lepas dah check in, dalam pukul 6.30 petang turun kat bawah and berkumpul kat lobi sebab nak gi makan malam kat PESTA PERAK. Memula masa Pak Imam cakap malam ni kite gi makan kat Pesta Perak, dalam kepala aku ni memang dok ingat ade pesta lah kan siap ngan performance semua kan. Sekali, Pesta Perak tu nama restoran daaaa. Yer yer je aku ingat pesta keramaian ke ape. Ahaksss. Gambar makanan tak sempat ambik sebabnye dah lapar sangat sampai terlupa nak ambik gambar makanan. Ahakssss.

Lepas dah habis makan, terus ke Jalan Malioboro untuk mengirai duit kat situ pulak. Aku beli beg je kat sane. Nak beli batik, aku bukan nye minat batik-batik ni. Lepas tu, balik hotel and kemas-kemas. Esok pagi-pagi dah nak kena check out.

To be Continued..............

No comments: