Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, September 13, 2007

Meet Up With Naddy & Kak Anna


Semalam, masa tengahari pegi makan kat My Mom's Chicken Rice kat Sek 7. Jila belanje makan sebab die pun lulus exam perkhidmatan. Gambar makanan aku tak ambik lah. Segan nak ambik lah pulak sebab ramai lah org tengah makan kat kedai tu. Linda Onn tak der lah pulak. Menurut kate pekerja kat kedai die tu, Linda Onn datang waktu malam jer. Tak der rezeki nak jumpa Linda Onn.


Petang lepas balik keje, terus balik rumah Ain and tukar baju dan langsung ke OU sebab nak pegi jumpa Naddy ngan Kak Anna. Jumpa Naddy tu sebab nak pick up cupcakes. Comel sangat lah cupcakes Naddy tu. Sayang sangat nak makan. Sedap sangat. Icing die pun lain. Bukan butter cream yang macam selalu tu. Tapi, Naddy buat Royal Icing. Royal Icing ni yang macam biskut bulat-bulat yang kecik tu pastu atas biskut tu ade bunga kecik. Masa kecik-kecik dulu, aku selalu makan biskut tu. Sesiapa nak order, boleh ke NAJ CUPCAKES.

Masa kat Promod, Kak Anna sampai. First time aku jumpa Kak Anna. Kecik comei je rupanya Kak Anna ni and Irdina sangat lah comel dan ligat tau. Geram sangat ngan Irdina tau.



Keluar dari OU, terus gi Midvalley sebab nak shopping kat Jusco sempena J card day. Memang lah ramai umat manusia. Aku beli baju je lah. End up balik sampai rumah pukul 1 pagi. Giler betul lah.

No comments: