Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, September 08, 2007

Shopping Tak Habis Habis

Tengahari tadi aku keluar ngan Ain, Jila and Kak Ika. Saje je belanje diorang makan kat kedai mee kat SACC Mall. Mesti korang cakap, SACC Mall lagi. Huhuhuhu. Nak wat camane kan, tempat tu je lah yang aku rasa best dan senang nak parking. Lepas makan kat Only Mee, terus ke kedai kasut. Kali ni, aku lalu je depan Body Shop tu. Aku tak masuk pun. Baik kan aku? Hehehheeh. Tapi, aku telah terjebak jugak. Kali ni, aku terjebak beli kasut ngan Sandals kat ZETA. Tak boleh tak beli sebab kasut tu comel sangat and kebetulan pulak ade saiz aku. dan murah lah jugak.


Lepas dah beli kasut, terus balik ke ofis. Masa dah sampai kat ofis tu, hujan turun sikit punya lebat ngan angin nye bertiup sikit punya kuat. Aku parking kat bawah pokok sebab memang tak der parking lain dah. So, aku pun settle lah parking kat bawah pokok and terus we all lepak kat bilik rehat kejap. Masa dalam bilik rehat tu, Jila masuk and bagitau En K kate ade dahan pokok tumbang kat bawah and tatau kena kat kereta sape. Masa ni, aku dah berdebar tak ingat dah. Masa aku keluar dari bilik rehat, ade sorang student tegur aku, lebih kurang camni ah dialog die.

Din : Weh, keta ko ah terkena dahan kat bawah tu.



Aku : Biar benar ko ni Din? Jangan tipu aku Din. Cuak dah aku ni weh.


Din : Betul lah weh. Tak der maknanye aku nak tipu ko. Aku kenal lah kereta ko. Kereta ko warna hitam, takkan warna hijau kot.


Aku : Haaaaaa, Abis lah weh keta aku.


Aku pun dengan bergegas nye terus turun dan tengok keadaan kereta aku. Biler dah turun bawah, alhamdulillah kereta aku tak kena pun pada dahan tu. Sipi-sipi je lah. Bile aku dah alih kereta, and masuk ofis, ramai org call bilik aku tanya keadaan kereta aku. Thanks lah pada sesape yang concern tu eh. Hari ni je, kat U*TM ni sikit punya banyak pokok yang tumbang. Pengajarannye ialah, jangan lah parking kereta bawah pokok kalau hujan lebat. Huhuhuhu. Sayangi lah kereta anda.



Nampak tak petak kuning tu? Kat situ lah aku parking kereta sebelum dahan tu patah.

No comments: