Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, October 03, 2007

Shopping Raya

Semalam ngan hari ni aku MC. Kesian aku kan. Tonsil, demam, batuk and selsema. Aku selalu dapat pakej camni tau kalau sakit. So, dapat lah aku dua hari MC. Member aku dok cakap aku ni demam sebab shopping sakan masa hari sabtu hari tu. Tapi, nak kate sakan sangat tu tak lah kan. Sikit-sikit jer aku shopping. Ahakssss.

Meh aku cite ape yang berlaku masa hari sabtu tu. Pepagi aku dah bangun sebab dah janji ngan Ain nak gi ambik die kat Shah Alam pukul 9 lebih. Aku keluar rumah pukul 9. Lepas dah ambik Ain, terus menghala ke Jalan Duta sebab nak jumpa ngan KAK INA sebab nak ambik Muffin. Aku telah memaksa die buat jugak muffin bagi kat aku sikit. Ahakssss. Baik hati betul kakak ku ini dan telah memberi aku muffin satu kotak. Hahahahaha. Sedap muffin Kak Ina. Lembut je texture nye.


Lepas dah ambik muffin kat Kak Ina, terus menghala ke OU sebab nak Shopping. Aku cuma teman Ain je lah bershopping kot. Aku rasa cam tak der ape-ape nak beli kali ni. Memula sampai, terus masuk butik GUESS. Ain dok belek-belek handbag dan die sudah berkenan satu handbag ni lah yang berharga lebih kurang RM500 lebih. Aku pulak berkenan ngan Sunglasses ni. Tapi, aku tak beli pun.

Lepas tu masuk Parkson Ain beli baju untuk anak-anak buah die. Lepas tu, terus menghala ke Jusco pulak. Kat Jusco lagi giler-giler sale. Kat Parkson SODA KIDS dapat 50% diskaun je. Tapi, kat Jusco dapat 70% diskaun. Aku pun ambik peluang lah beli baju untuk anak buah aku. Lagi pun, dah lama aku tak beli baju untuk Yaya. Untuk si kecik Azfar pun aku beli jugak. Mane boleh beli untuk sorang je. huhuhuhuh.

Aku pun tak ketinggalan jugak shopping. memula kate lah tanak beli ape-ape konon. Tapi, aku dah berkenan giler ngan satu kasut ni jenama Alain Delon. Tapi, aku bengang giler ngan satu salesman cina tu. Masa aku mintak kasut tu, die kate dah tak der saiz. Tapi, aku tak puas hati betul. Aku memang rasa ade lagi saiz untuk aku sebab kat belakang kasut tu tak pangkah pun untuk saiz yang aku mintak. So, thats mean ade lagi lah kan saiz yang aku mintak tu. Bile aku tak puas hati, aku suruh lak Ain mintakkan untuk aku ngan salesgirl pulak. Nasib baik ade. Bengang giler aku ngan cina tu tau. Comel sangat kasut tu. I like. Ahakssss.

Lepas dah habis misi kat Jusco, terus hala ke New Wings pulak. Aku ni memang dah terbayang-bayang Sunglasses GUESS. Tak boleh jadi ni. Terus menghala ke GUESS sebab aku pulak nak melaksanakan misi aku pulak. So, misi berjaya. Presenting my new sunglasses. Ahakssss. Beli Sunglasses GUESS, siap dapat free gift berupa CD raya lagi. Tak yah aku penat-penat burn CD. Ahaksss. Kira hadiah birthday untuk diri sendiri lah tu. Hehehehe.



Lepas tu, terus menghala balik rumah sebab nak rehatkan diri. Malam ni nak gi bukak puasa kat C******e, Shah Alam. Aku bawak adik-adik aku yang perempuan je. Adik lelaki aku ade solat hajat kat rumah kawan die. so, die bukak puasa kat rumah kawan die. Lepas dah makan sampai kembung, ingat nak gi Uptown Shah Alam. Tapi, tak der parking pulak. Ade lah parking tapi, jauh yang amat nak menapak. So, misi di batalkan dah terus menghala balik rumah sebab badan dah penat. So, baik balik rumah and merehatkan diri.

No comments: