Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, October 06, 2007

Today Is My Birthday

Happy Birthday to me. Birthday aku hari ni tapi semalam dah celebrate dah pun. Celebrate semalam pun sebab abang aku kena keje malam hari ni. So, tak dapat lah nak sambut malam ni. Seperti biase, kalau family aku yang lahir bulan 9 dan 10 terus buat double celebration terus. Senang, sekali jalan jer. birthday aku same bulan ngan Abang Farid. Tak kisah lah double celebration pun asal celebrate je. Masa beli kek semalam pun aku tau diorang beli kek. Diorang ni langsung tak reti nak surprise tau. Sabo je lah aku. Nak gak aku merasa surprise nye cam birthday abah hari tu.

We all pegi dinner kat COWBOY STATION. Best lah tempat die. Environment pun best kat tepi tasik kelana jaya. Makanan die pun not bad jugak. Sedap. Rasa shark fin soup die cam kat The Ship. Aku sempat snap gambar shark fin soup je. Makanan yang lain tak sempat nak snap sebab semua dah kelaparan kan. Yer lah kan, bukak puasa makan buah je. Tu yang terus makan je tak ingat nak snap gambar.

Lepas dah habis makan, diorang bawak keluar kek pulak. Kenyang perut aku makan malam tadi. Penuh rasa perut. Dah lah sebelum gi dinner tu berat aku turun 4 kg. Mesti balik dari dinner ni, gerenti berat aku naik balik. Huhuhuhuhu. Tanak bayangkan ah.



Lepas dah tiup lilin and potong kek, masa untuk bukak hadiah pulak. Tapi, malam ni Abang Farid sorang je lah yang dapat hadiah. Aku tak dapat lagi. Hadiah aku hari Sabtu ni baru dapat dan terlalu besar untuk di balut. Hahahaha. Korang teka lah eh ape yang aku dapat.

Kak Ina, sorry lah eh Nina recycle ribbon Kak Ina tu. Hahahahaha. Tapi, buruk je rupa aku ikat ribbon tu kan. Tah ape2 jerk. Tapi, boleh lah kan bagi orang yang keras tangan cam aku ni. Hahahahaha.



Nak tau isi dalam nye ape? Tadaaaaaa...........



Abang Farid dapat cash abah bagi. Abah aku bagi cash kat abang aku bukan ape, tatau nak beli hadiah ape dah kat mamat tu. So, cara yang paling senang, bagi cash.


Muka anak yang teruja abah nye dapat duit dengan disertakan dialog,

Abah, lepas ni jom kite beli pampers. Hahahahahaa.

Lepas tu, we all pun balik. keluar dari Cowboy Station tu, ade pulak playground. Mak aku siap cakap kat Yaya nak naik buai tak? Sekali, minah kecik tu mane lah boleh dengar perkataan playground kan, terus tarik tangan mak aku ajak naik buai. Sabo je lah aku. So, we all menghabiskan sisa-sisa malam semalam ngan lepak lah kat playground. Bukan takat Yaya je yang main kat playground tu. Tapi, makcik-makcik ngan pakcik-pakcik Yaya pun teruja nak main buai. Sabo je lah aku. Nasib baik malam kan. Mane lah ade org. So, layan kan aje lah.











Lepas dah habis main kat taman dan jarum jam pun dah menunjukkan pukul 12 tengah malam, we all pun beransur lah balik sebab esok nak keje lagi weh. Sepanjang perjalanan dalam kereta tido je keje nye. Ahakssss. Sesampai nye kat rumah ade surprise menanti aku. Hehehehehe. Aku dapat hadiah teddy bear dari adik-adik aku. Penuh katil aku ngan teddy bear weh. Comel sangat teddy bear tu.



Aku tido malam tadi dengan senyuman terukir di bibir. Ahakssss. Aku happy ade family yang best cam family aku ni. Sporting dan kepala otak pun giler-giler dan aku tak sabar-sabar ni nak tunggu hari sabtu ni. Tunggu update seterusnya mengenai hadiah birthday aku tahun ni ok. Ahakssss.

No comments: