Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 15, 2007

Happy 40th Anniversary Law Faculty

Semalam adalah hari yang paling memenatkan lah bagi aku. Dari pagi sampai ke malam penat. Ni pun tak hilang-hilang lagi sengal. Huhuhuhu. Sabo je lah yer. Semalam fakulti aku buat sambutan sikit sempena sambutan ulangtahun ke 40 fakulti. Berpoya-poya lah semua staff kat fakulti aku. Dari pagi dah sibuk buat persiapan semua. Au, Ain ngan Jila ditugaskan untuk potong kek gulung. Sesambil potong kek, sepotong masuk mulut. Ahakssss. Fakulti aku semalam cam org nak buat keje kawin. Student-student Hons sibuk hias khemah. We all sibuk potong kek kat pantry sambil bergossip. Hahahaha. Tu lah perempuan, bergossip tak habis-habis. Hahahaha.

VC sampai lebih kurang dalam pukul 10 lebih. Habis berucap pun nak dekat pukul 12. Lepas tu, sesi mengisi perut sebab breakfast aku tak makan. Aku just minum je kat rumah. So, ape lagi, serbu khemah. Ade lauk kambing, ikan, ayam goreng, dalca dan macam-macam lah lagi. Aku ambik hampir kesemua lauk kecuali kambing. Aku amatlah tak suka lauk kambing. Tekak aku ni memang tak leh terima nak buat camane kan.

Lepas tu, sesi ambik gambar lagi. Kali ni ngan Annahita pulak. Yer lah kan, die dah tak der nanti semester depan. Tu yang ambik gambar kenangan lah kengkonon nye. Hehehehehe. Jila ngan Ain lah paling tak tahan siap ambik gambar berpeluk sakan ngan Annahita. Yang si Annahita ni pulak layankan aje. Syok lah. Nasib baik tak der Fahrin Ahmad. Kalau ade mamat tu, memang dah bergambar ngan die dah. Tapi, die dah habis belajar lah pulak kat sini.

Lepas dah berpoya-poya, sessi mengemas pulak. Aku, Jila ngan Ain jadi mandur je. Tak larat lah nak tolong-tolong diorang. Angkat-angkat kerusi ngan meja memang kena serahkan pada lelaki. Perempuan tak boleh buat keje-keje berat ni. Ahakssss. So, we all duduk lah kat situ sambil main belon. Sah tak puas main belon masa kecik.

Bawah ni gambar masa 40th Anniversary Fakulti aku.









Malam pulak lepas keje, we all dapat jemputan untuk dinner kat Sheraton, Subang. Jemputan nye dapat pada hari yang same. So, memang pakai baju yang same aje lah. Mane ade masa nak balik Sungai Buloh and tukar baju. Ain pun pakai baju same je. So, takper lah ade jugak geng. Hahahaha. Asalnye, dinner tu IPSIS yang anjurkan untuk meraikan student Masters yang akan grade hari ni. Tapi, disebabkan student-student masters fakulti aku semua duduk jauh-jauh and tak boleh nak attend. So, staff-staff fakulti lah yang dapat pegi. Rezeki jangan di tolak kan. Musuh jangan di cari. Masa dinner tu, ade lah cabutan nombor bertuah untuk meja. Meja yang we all duduk tu boleh lah di katakan bertuah jugak sebab nombor meja we all naik. Ahaksss. Dapat lah Pendrive 1GB sorang seketul.

Dinner habis pukul 11. Lepas hantar Hussin ngan Nazri kat fakulti, terus balik sambil pecut kereta aku 140 km. Huhuhu. Bukan ape, dah tengah malam dan agak takut lah jugak sebab bawak kereta kat highway Guthrie. Dah lah gelap. Sampai rumah pukul 12 tengah malam tepat. Cam cinderella lah pulak kan. Lepas solat, terus on laptop. Sempat lagi upload gambar tu. Lepas tu terus tido tak ingat dah. Bangun pukul 5 pagi sebab pagi ni nak kena kuar rumah awal sebabnye konvo dah start dah. Kalau pegi lewat, memang tak der parking lah jawabnye.

No comments: