Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, November 26, 2007

Kelantan Day 2 - Bengkel ISO, Rantau Panjang & Wakaf Che Yeh

Aktiviti hari ni pulak ialah Bengkel ISO. Tapi, yang best nye sekerat hari jer. Yessss, seronok gilerrr. Pagi tu, bas ambik we all kat Rumah Universiti and terus bawak we all pegi kat pejabat pentadbiran. Lepas tengok Galeri Professional, makan session. Pagi ni diorang sediakan nasi dagang. Sedapnye lah nasi dagang. Lama giler tak makan nasi dagang.

Lepas makan, kena berkumpul kat foyer depan sebab diorang kate ade surprise untuk kitorang ni haaa. Aku ingatkan ape lah surprise nye. Rupa-rupanya kena buat tarian poco-poco. Hahahaha. Sungguh lah lawak nye aku rasa. Nasib baik lah aku baru balik BTN. So, tak der lah aku tercengang-cengang buat tarian poco-poco ni sebab kat BTN dah pernah buat. Syok lah buat tarian poco-poco ni. Hahahaha. Serius lawak giler. Sampai berlanggar-langgar antara satu sama lain. Huhuhuhu.

Lepas dah buat poco-poco, baru lah bengkel ISO start. Macam-macam info lah dapat di kongsi kan dengan diorang. Bengkel berakhir pukul 2 petang. Terus diorang bawak we all menjamu selera. Tengahari ni diorang sediakan nasi beriani siam. Best, boleh tahan sedap nye. Teringat nasi beriani siam emakku. Hehehehe. Sebelum makan tengok board kat foyer, sekali, diorang tempek gambar karaoke malam semalam. Aduhai, akak malu you. Huhuhuhu.





Lepas dah habis makan tengahari, terus balik bilik, solat and tukar baju sebab petang ni nak gi shopping pulak kat Rantau Panjang. Kalau dengar shopping je laju je bersiap diorang ni. Hahaha. Aku tak beli ape-ape pun. Tatau nak beli ape lah sebenarnya. Yer lah kan, kampung halaman sendiri. Sebab tu buntu tatau nak beli ape. Diorang ade yang beli Narita, tudung, kain dan macam-macam lah. Aku ni cuci mata aje lah.

Lepas dah puas cuci mata and mengirai duit kat Rantau Panjang, masa untuk makan malam pulak. Lecturers perempuan semua gi makan kat The New Horizon Garden kalau tak silap aku lah nama tempat makan ni. Aku, Ain ngan Hidayah join Encik Ismail, Encik Megat, Abang Lan ngan Hussin makan kat gerai tepi jalan. Sedap dan murah lagi. Encik Ismail belanje makan malam ni. Tq Encik Ismail. Aku kalau jalan-jalan camni, tak suka lah nak makan kat tempat mahal-mahal. Aku lagi cari tempat murah dan sedap. Selalu nye kalau aku balik Kelantan camtu lah. Memang lah tak berasap dapur atok aku tu. Nak makan je keluar gi Medan Selera pastu, pilih lah ko nak makan ape. Macam-macam ade.




Lepas makan, singgah pulak kat Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Encik Ismail boleh pulak bantai cakap pasar Wakaf Che Yah. Hahahahaha. Sabo je lah aku. Die kate kira ok lah tu. Che Yah Ngan Che Yah kan adik beradik. Hahahaha. Bantai gelak kitorang. Sabo je lah aku. Kat Wakaf Che Yeh aku beli buah pauh je nak bawak balik kat umah. Selebihnya, aku beli kerongsang. Eh, kat Rantau Panjang pun aku beli kerongsang lah. Huhuhu. Memang borong kerongsang je lah. Aku beli kerongsang yang berjuntai-juntai tu. Lepas dah habis memborong, terus balik kat bas. Kitorang berkaraoke pulak kat dalam bas sementara tunggu diorang habis shopping.

Lepas tu, terus balik U*TM Machang.

No comments: