Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 27, 2007

Last Day - Kelantan Trip

Hari ni last day kat Kelantan. Pepagi dah siap-siap dah sebab nak menghala ke Kota Bharu for last Minute shopping kat Pasar Siti Khadijah. Before that, singgah kat mane tah for breakfast. Biase lah kan, makan nasi berlauk. Orang Kelantan memang makan nasi pagi-pagi.

Lepas tu, terus kan lagi perjalanan ke KB. Lagi sekali, aku tatau nak beli ape. Yer lah kan dah selalu sangat balik Kelantan. Aku just beli keropok segera jer. Lepas tu, aku ingat nak bawak lah diorang makan nasi kukus. Sekali, tak siap masak lah pulak. Pastu, aku call lah maksu aku ingat nak singgah rumah atok aku jap. Sekali, atok aku lak tak der kat rumah sebab keluar gi melawat orang sakit. So, kesudahannya, aku tak jumpa jugak lah ngan atok aku.

Singgah makan kat gerai tepi jalan dekat ngan flat Buluh Kubu. Makan nasi tumpang ngan nasi goreng USA. Dah tatau nak makan ape, order je lah nasi goreng USA. Lepas tu, kena berkumpul kat bas pukul 12 tengahari. We all sampai awal, bas pun tak der kat situ. Aku tengok ade jugak lecturers yang dah tunggu. Sementara tu, snap-snap gambar dulu.








Lepas semua dah ade, bas gerak dalam pukul 12.30 tengahari. Aku masuk-masuk bas je terus melelapkan mata sampai lah kat R & R Gua Musang. Kat R & R Gua Musang berenti sekejap untuk makan tengahari and solat. Lepas dah selesai makan tengahari, teruskan perjalanan nak balik ke KL. Aku, Ain, Hidayah, Hussin ngan Encik Ismail tak tido langsung dah lepas tu. Berkaraoke kitorang lepas tu. Tahan betul mata aku ni tak mengantuk. So, layan lah karaoke sampai kat Raub. Sampai kat Raub, berenti untuk solat and makan malam. Sekali lagi Encik Ismail belanje kitorang makan.

Lepas tu, dalam pukul 8 lebih, teruskan perjalanan balik KL. Aku tido lepas tu. Tapi, just tido-tido ayam je. Takut nak tido beriya sebenarnya. Nanti Hussin ambik gambar maka akan jadi bahan gelak lah kat Fakulti nanti. Nasib baik aku sempat delete gambar aku, Ain ngan Hidayah tido masa on the way ke Kelantan. Tak pasal je karang diorang pakat-pakat gelakkan kitorang secara berjemaah.

Sampai kat U*TM Shah Alam pukul 11 lebih lah jugak. Terus aku angkut barang kat kereta. Lepas hantar Ain aku pecut balik rumah aku. Dalam pukul 11.45 aku sampai rumah. Sepatutnya, aku tak balik rumah malam ni. Tapi, abah aku suruh balik sebab esok pepagi sebelum subuh aku kena hantar abah kat KLIA sebab abah nak gi Kelantan. Bagus lah, aku baru balik dari Kelantan, abah aku pulak baru nak gi Kelantan. Kalau tidak kerana abah nak kena gi Kelantan esok, aku dah tido umah Ain dah. Bukan ape, senang nak gi keje esok nye.

Sampai rumah je, terus aku on laptop sebab nak upload gambar and borak-borak ngan mak aku. Memang aku tak boleh tido langsung. So, aku pun online lah kejap. Tapi, bukan kejap lah. Nak dekat pukul 3 lebih baru aku rasa mengantuk. Tido kejap sampai lah pukul 5 mak aku kejut suruh hantar abah kat KLIA. On the way nak ke KLIA tu, aku tido sepanjang-panjang jalan. Singgah solat Dengkil, pastu, sambung tido lagi. Lepas dah drop abah kat KLIA, terus bawak keta ke Shah Alam. Hari ni aku bawak kereta abah sebab abah bawak golf set die. Mane lah nak muat dalam keta comei aku tu kan. Mata memang mengantuk giler. Tapi, gagahkan jugak bawak keta sebab nye kalau aku berenti kat R & R mesti aku terlajak tido.

Kesudahannye, aku sampai kat Shah Alam pukul 7 pagi. Masa tu tak der orang lagi. Aku pun matikan enjin kereta, then aku bukak tingkap sikit and tido sampai lah pukul 7.51 pagi. Nasib baik Jila datang ketuk pintu kereta aku. Kalau lah Jila tak ketuk tingkap kereta, tatau lah aku terlajak tido sampai pukul berape. Huhuhu. Lena betul aku tido. Letih sangat-sangat aku rasa. Nasib baik kat ofis maintain je mata aku tak mengantuk.

No comments: