Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 07, 2007

Misi Karipap & Coffee

Alhamdulillah aku selamat balik from BTN. Cerita pasal BTN nanti lah eh aku cerita. Tunggu entry akan datang ok. Aku upload sekali ngan gambar ok. Skrg ni aku nak update pasal petang semalam. Semalam aku tak gi keje. Kengkonon nye sebab sakit kaki balik dari BTN. Huhuhuhu. sakit lah sangat. Padahal aktiviti tak lah selasak mane pun.

Bile dah tak keje semalam, panjang je akal nak berjalan petang semalam. Asal nye, memang aku tak plan pun nak keluar. Sekali, MANUSIA INI telah mengajak aku gi IKEA semalam sebab nak gi makan karipap. So, keluar lah aku pukul 4 lebih menuju ke IKEA. On the way nak masuk parking, Kak Ina ade depan kereta aku. So, aku follow je lah kereta die. Senang, parking pun dekat-dekat.

Lepas dah parking, kami pun menjalankan misi karipap dan coffee kat Cafe IKEA. Memang sedap lah karipap kat IKEA. Thumbs up lah. Sedap sangat-sangat. Misi Coffee Kak Ina sorang je yang jalankan. Aku tak minat sangat ngan coffee ni. Aku ambik soft drink jerk. Gambar karipap tak der lah pulak.




Lepas dah makan hotdog ngan karipap terus lah we all menuju ke The Curve pulak. Sesaje je nak masuk Papier. Bukan beli ape-ape pun. Just tengok-tengok jerk. Nasib baik aku tak minat. Kalau lah aku minat, giler dah aku masuk Papier ni.

Lepas masuk Papier, pegi pulak ke FOS. Saje je lah tengok-tengok baju. Mane lah tau berkenan boleh lah beli kan. Sekali, aku yang nak tengok baju. Tapi, makcik Ina ni pulak yang membeli baju tu. Comel sangat baju tu. Aku pun try tapi, aku tak beli. Cuba korang tengok, comel kan?



Lepas tu, gi belek-belek baju kat Nichi Fashion pulak. Lawa-lawa betul baju kat situ. Tapi, tak muat. Hahahaha. Semangat nak kecikkan badan ni. Huhuhuhuhu. Lepas tu, terus menuju ke Tesco sebab kak ina nak beli bahan nak buat tiramisu. Aku beli juice je. Lepas dah habis urusan kat Tesco, terus menuju ke The Curve balik sebab nak solat maghrib. Masa kat luar surau tu nampak husband Kak Anna. Dalam hati dah berkata-kata ni Kak Anna mesti ade kat dalam surau. Sekali, masuk-masuk surau, betul Kak Anna ade kat dalam surau. so, tegur lah Kak Anna. Geram tengok Irdina. Adorable sangat-sangat tau. Peramah pulak tu. Langsung tak takut ngan orang.

Lepas solat, gi isi perut kat Rojak-rojak. Not bad lah makanan die. Masakan ala cina. aku makan mee. Mee die sedap. Kak Ina makan Tau Hoo Sumbat. Kalau aku, aku panggil Tau Hoo Bakar.









Lepas dah habis mengenyangkan perut kat Rojak-rojak terus gi IKEA balik. Aku siap tapau karipap half dozen untuk family aku. Pastu, terus balik rumah. Balik rumah dah pukul 9 lebih. Aku tak leh nak tido. At last, pukul 4.30 pagi baru tido. Ni semua gara-gara tengok Kerana Cintaku Saerah lah ni kat Youtube. Bangun pagi nak gi keje pukul 6.30 pagi.

Gambar-gambar di atas ni di ambil oleh KAK INA tau. Aku bawak kamera tapi, malas nak upload.

No comments: