Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, November 08, 2007

Update Pasal BTN

Nak start camane pun tatau ni pasal BTN. Huhuhuhu. BTN seperti biase lah kan ade sessi ceramah ngan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Pakai pulak baju putih kain hitam. Tempat yang kitorang pegi ni agak best lah sebab tak der aktiviti-aktiviti lasak seperti flying fox, abseiling dan sebagainya. Aku suka okeh. Aku mane lah suka buat. Schedule masa aku kat BTN pun tak der lah ketat mane pun. Menurut kate kawan satu ofis aku, kalau pegi BTN ko takkan sempat punya lah nak pakai bedak and nak berlipstik ni. Aku memula dengar pun cuak sehhhhh. Tapi, alhamdulillah tempat yang aku dapat ni tak lah sekejam tu sampai nak berbedak pun tak sempat. Hahahaha. Member aku tu dapat kat kem Meru memang lah tak sempat nak berbedak.


Kat Meru setiap waktu kena pegi berjemaah kat surau. Cam kat KLIA pulak sembahyang berjemaah kat masjid waktu subuh ngan maghrib je. Waktu-waktu lain, sembahyang sendiri-sendiri kat bilik masing-masing. Kat kawasan Kem Kuarters KLIA ni memang tak der surau. Yang ade pun masjid kat luar kawasan kem.
Kalau kat Kem Meru penginapan die kat dorm tau. Kat Kuarters KLIA pulak penempatan die satu bilik ade 2 org. Bilik air kat setiap bilik memang ade. Menurut jurulatih Kem Bina Negara tu, asalnye, kuarters KLIA tu bukan nye kem bina negara pun. Tapi, asalnye kuarters tu adalah kuarters bujang untuk pramugara and pramugari MAS. No wonder lah kan setiap bilik siap ade dapur and bilik air. Kira untung lah jugak kitorang yang pegi BTN and dapat kat Kuarters KLIA ni. Tak payah nak berebut bilik air untuk mandi.


Masa kembara pun tak der lah mencabar sangat laluan nye. Tapi, bagi aku, mencabar lah jugak. Yang tak tahan nye lalu sebelah sungai. Tersilap langkah, memang lah masuk sungai. Lagi satu, ade kawat duri atas bawah. Lama aku dok berdiri nak lintas kawat duri tu. Silap langkah kalau terduduk ke atas kawat duri tu boleh berlubang *tuuttt*. Hahahahahaa. Nasib baik aku selamat.



Masa kat BTN tu, ade satu pagi, kitorang kena lari 2 km. Diorang bagi lah masa ikut umur kan. Cam aku 26 tahun die bagi lah masa 24 minit. Tapi, aku dapat buat 30 minit. Ahakssss. Jadi lah kan. Alhamdulillah semua lulus ujian lari 2 km ni sebab nye pakcik jurulatih tu dah salah tunjuk jalan. Ini membuatkan we all semua lari lebih dari 2 km. So, dapat lah semua lulus. Masa lari tu, aku nampak lah ade sorang student lelaki surrender untuk lari sebab tak larat. Cam aku ni senang je prinsip aku, once aku dah start lari, aku akan cuba jugak habis kan larian aku tu walaupun aku tahu tahap mana kemampuan aku. Lambat pun tak kisah lah kan. Alhamdulillah, masa lari tu aku dapat nombor 7. Hahahahaha. Tapi, nombor 7 dari belakang ah sebab aku bukannye lari sangat pun. Aku lebih kepada jogging dan berjalan sambil menyembang. Ahakssss.


Ni lah die kawasan Kuarters KLIA


Ni nama nye WAKAF MENEMPAH MAUT sebab bebudak lelaki hanya boleh merokok di wakaf ni.





Ni pulak gambar masa kitorang kembara




Gambar ni masa LDK



Gambar masa nak gi ambik exam kat dewan. Cuak giler masa ni sebab nak gi ambik exam.


Ni lah kumpulan aku Kumpulan 1 ngan Fasilitator yang best Dr. Izudin

1 comment:

イムラン (IMRAN the fraxie) said...

boleh pilih sndiri ke kawan seblik??