Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 23, 2007

Aktiviti Hari Ahad

Hari ahad pegi lepas je hantar mak ngan abah kat KLIA, terus balik rumah and sambung tido sesambil tengok tengok citer A Christmas Visitor. Cam tido-tido ayam lah jugak. Tudung pun tak bukak sebab ingat nak keluar balik nak gi cuci kereta sebab kereta dah kotor sesangat.

Biler cite dah habis, ingat nak keluar lah pegi basuh kereta. Tiba-tiba datang idea giler and ajak Siti and Syida keluar jugak pegi Sunway Pyramid. They all agree. Tapi, gi basuh kereta dulu.

Lepas gi basuh keta, terus gi Sunway ikut highway LDP. Tapi, bile dah sampai dekat ngan exit nak ke OU, terus ubah fikiran nak pegi ke OU pulak. So, aku terus lah nak ke parking kat old wing. Tapi, nak naik ke atas tak boleh. Pak guard tu suruh pegi parking kat One World Hotel. Sikit punya jauh lah parking. Tak sanggup den. Terus ambik keputusan keluar dari parking tu and arah ke Sunway Pyramid pulak. Complicated betul lah. Hahahahaha.

Masa sampai kat Sunway Pyramid pulak, tak leh nak masuk parking sebab penuh. Pak Guard kat situ suruh U-Turn balik and parking kat Masjid seberang jalan Sunway Pyramid. We have no choice dah. Terus lah parking kat situ and it's free parking. Tapi, kena menapak agak jauh lah jugak. Tapi, tak per lah kan, nak buat camane.

Dah masuk Sunway Pyramid, terus gi cari kedai nak makan and we settle with Carls Jr. Masa aku dah pegi order makanan, aku tengok Siti ngan muka pucat nye mengaduh sakit. Tapi, memang die tak berape sihat pun masa tu. Tapi, die nak ikut jugak. Aku ni pun sebagai kakak yang baek, terus lah bergegas cari ubat kat farmasi. Menggelabah giler aku masa tu. Tapi, bile aku dah beli ubat and bawak ubat bagi kat die, muka die dah bukan cam orang sakit dah. Rupa-rupanya die lapar lah sebab lambat makan. Sabo je lah aku. Penat je aku cari farmasi tau.

Syida siap tanya Siti, lepas makan ni boleh ke tengok wayang. Terus jawab boleh. Lepas makan, masuk Jusco jap beli baju and solat. Lepas tu baru gi cari tiket wayang. Lepas dah dapat tiket, lepak kat Auntie Anne's tunggu Umar datang and lepak lagi sampai wayang nak dekat start. We all tengok Alvin & The Chipmunks. Lawak giler.

Lepas tengok wayang, pegi beratur untuk beli J.co pulak. Nak kate panjang sangat beratur tu tak lah jugak. Tapi, penat lah jugak beratur. We decided untuk beli 2 dozen donuts sebab dah alang-alang beratur panjang, beli je lah 2 dozen. Agak tak berbaloi beratur panjang untuk 1 dozen donut. Hahahahahahaha.



Balik rumah semua pengsan. Aku ingat nak sambung cuti, tapi En K suruh datang jugak ofis. Tension gue. Tapi tak per, aku kan pekerja yang berdedikasi. Hahahahaha.

No comments: