Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 11, 2007

Bengkel OBE, Bayu Beach Resort, PD

Lama giler aku tak update blog ni. Huhuhuhu. Serius, aku tak der masa nak belek-belek blog ni. Memang minggu yang bz lah bagi aku minggu ni. Skrg ni aku nak cerita aku pegi Bengkel OBE kat Bayu Beach Resort Port Dickson. Aku pegi sane memang asalnye kena keje lah kan. Masa on the way ke sane aku sihat walafiat je.

Tapi, bile dah sampai kat Bayu Beach Resort lepas dah check in tu, terus lah tido kat bilik kan. Lepas bangun tido tu aku dah rasa pening and tak sedap badan dah. Tapi, aku gagahkan jugak bagun sebab pukul 3 dah start Bengkel OBE dah. Tapi, disebabkan aku demam aku dok je kat luar dewan sebab kalau dok kat dalam dewan, sejuk gilossss. Tak tahan aku. Bengkel petang tu habis pukul 5 lebih. Lepas tu, gi lepak-lepak jap tepi pantai. Tapi, dapat lepak pun sekejap je sebab hujan mula nak turun. Aku pun ape lagi, terus lari ke lobi hotel. Lepak kat situ je sementara tunggu nak makan malam pukul 7.


Lepas makan malam, terus balik bilik and bersiap untuk bengkel sessi malam pulak. Aku berhajat nak tido je kat dalam bilik sebab dah rasa pening-pening lalat dah masa tu. Tapi, aku tanak lah dok sorang-sorang kat dalam apartment. Huhuhuhu. Takut sebenarnya. Bengkel malam tu pun aku tak join sangat member-member buat keje sebab tak tahan aircond. Dok je lah lepak kat luar. Sampai kan ade lecturer suruh balik bilik tido. Huhuhuhu. Nak sangat-sangat balik bilik tapi takut. So, tahan kan je lah. Tapi, lepas minum malam tu, aku dah tak tahan dah. Badan dah start menggigil. Aku balik je bilik terus tutup aircond and berselimut. Mula lah masa ni cam memerlukan mak aku lah, adik aku lah. Sabar jer lah aku. Yang kesian nye roomate aku lah tido tak ber aircond. Ahakssss. Nasib baik die jenis tak kisah. Lagi pun, kalau bukak aircond pun lagi lah tak leh nak tido sebabnya aircond tu berbunyi sikit punya kuat lah.
Bangun esok nye demam tak kebah jugak. Pegi breakfast pun tak lalu nak makan. Sedih betul lah. Tapi, tak der lah sampai menggigil dah. Dah boleh lah nak buat keje sikit-sikit. bengkel habis dalam tengahari, dalam pukul 2 lebih dah balik Shah Alam.

Bile dah sampai Shah Alam tu aku boleh lagi singgah ofis. Pekerja berdedikasi lah konon nye. Ahahahaha. Puji diri sendiri nampak. Bukan ape, aku yang jadi gelabah bile En. K call aku tanya pasal keje aku. Aku kalau boleh, before bercuti, nak lah siap semua keje. Malas di ganggu masa aku bercuti.



No comments: