Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, December 15, 2007

Johor Bharu Trip - Day 1

Pagi ni aku keluar rumah seawal pukul 7 pagi sebab aku nak pegi ambik Cik Maz dulu kat Bukit Subang. Lepas dah ambik Cik Maz, terus pegi ambik Ain ngan Nor kat Sec 8. Lepas dah ambik diorang semua, we all teruskan lagi perjalanan ke JB. Masa on the way tu, singgah dulu kat R & R Seremban untuk breakfast. Berenti pun dalam setengah jam je. Pastu, teruskan lagi perjalanan ke JB. Kesian pulak kat Cik Maz tak tido masa on the way tu sebab kena temankan aku driving. Ain ngan Nor kat belakang dah berdengkur siap dah. Ahakssss.

Masa dah nak dekat sampai tu, tersilap masuk exit lah pulak. Asalnye, kena masuk exit Skudai. Tapi, pegi masuk exit Pontian aku rasa. Kalau ikut exit Skudai, tak der kena lalu bandar JB. Tapi, bile dah guna exit Pontian, kena lah pulak lalu bandar. Huhuhuhu. Nasib baik lah tak sesat. Tak sesat tu pun sebab ade Cik Maz. Kalau tak der Cik Maz, mesti sesat. Sepatutnya boleh sampai awal rumah Jila, sampai lewat lah pulak.

Sesampai rumah Jila je, Jila dok kat tingkat atas. Lepas dah borak sakan, lepas orang lelaki balik dari sembahyang jumaat, terus turun makan. Lepas dah makan, terus gosok baju untuk pakai malam ni ngan esok. Gosok terus lah dua pasang. Tak der lah aku terkocoh-kocoh nak gosok esok.

Petang tu, hantaran dari pihak perempuan untuk pihak lelaki dah siap. Aku suka sangat ngan hantaran Jila bagi pada Jack. Simple dan comel.




Comel kan? Huhuhuhu. Bagi aku comel dan simple lah. Tatau ah kalau korang tak minat pulak kan. Lepas maghrib, semua pakat siap-siap tunggu Mak Andam datang. Kitorang semua dah siap pakai baju and make up semua dah. Nikah dalam pukul 9 malam. So, cam ade banyak masa lagi. Aku ni kalau bab make up ni aku suka. Nasib baik Mak Andam tu tak halau kitorang keluar dari bilik. Kan ade sesetengah Mak Andam tak bagi kan ramai-ramai dalam bilik. Kesudahan nye, kitorang yang tolong Mak Andam pakai kan aksesori untuk pengantin. Mak Andam bidan terjun lah nama nye kan. Hahahaha. Bukan ape, kesian lak tengok Mak Andam tu cam tak sempat je. So, kitorang tolong lah kan.

Masa lepas nikah, lagi haru kitorang ni. Kan kat Johor ade Sakinah. Korang tau tak Sakinah tu ape? Aku pun tatau ape Sakinah sebenarnya. Mak Andam tu yang bagitau Sakinah tu ape. Korang pernah tak tengok Program Cari Menantu yang Finale tu. Kan ade cam penyerahan anak kepada suami tu kan ade baca-baca kan. Tu lah Sakinah. Masa Jila baca skrip tu, die dah start menangis dah. Masa die dok teresak-esak tu kitorang kat belakang ni dah menangis dah. Hahahahaa. Kelakar je rasa masa tu.



Lepas majlis Nikah die, ade pulak berinai. Lepas berinai, tukar-tukar baju lak. Nak dekat pukul 2 pagi baru boleh tido. Huhuhuhu. Cam aku lak yang kawin. Ahakssss.



No comments: