Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 16, 2007

Johor Bharu Trip - Day 2

Semalam tido dalam pukul 2 pagi. Pagi ni, kitorang semua bangun pukul 10 pagi. Dah lah hari ni ade kenduri kawin. Bangun lak pukul 10 pagi. Kalau kat rumah aku lah kan, klau ade kenduri kawin, pukul 6.30 pagi dah kena bangun. Kalau bangun pukul 10 pagi jawab nye memang kena amuk karang ngan mak aku. Hahahaha. Jila siap cakap kalau bangun awal pun tatau nak buat ape. Tapi, memang tatau nak buat ape pun. Dok je lah terperap dalam bilik pengantin. Dalam pukul 12 lebih siap-siap pakai baju semua. Mak Andam pun sampai, make up Ain dulu sebab Ain jadi pengapit.

Majlis semua berjalan lancar. Memula sebelum berarak dah hujan dah tapi, by the time nak berarak, hujan pun berenti. So, boleh lah berarak ngan kompang semua kan. Lepas tu pulak, masa pengantin makan beradab hujan turun dengan lebat nye. Nasib baik masa berarak tak hujan. Kalau tak, haru je. Lepas je majlis potong kek, terus kitorang mintak izin nak check out dari rumah Jila sebab nak gi tido rumah Makcik Ain pulak kat Permas Jaya. Ahmad suami Atie yang tunjukkan jalan. Kalau suruh aku cari Permas Jaya, mau nye sesat sebab tak biase kan ngan jalan JB.






Malam tu pulak bile dah sampai kat rumah Mak Cik Ain, makcik Ain ajak keluar makan kat Danga Bay. So, kitorang semua gi makan kat Rumah Limas. Makanan kat situ not bad lah. Sedap-sedap jugak makanan kat situ and harga pun boleh lah tahan jugak. Gambar masa kat Danga Bay tak ambik lah pulak. Huhuhuhu. So, kesimpulannya, tak der lah gambar.

No comments: