Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, December 03, 2007

Kenduri Kawin Suzie - Felda Palong, N9

Pagi ni pulak ade kenduri kat Felda Palong N9. Pepagi lagi aku dah bangun. Pukul 6 pagi aku bangun siap-siap. Gerak dari rumah pukul 7 lebih. sampai Shah Alam ambik Ain and terus gi breakfast. Lepas breakfast, terus gi Sec 2 sebab nak jumpa Hidhayah sebab die nak pass hadiah untuk Suzie. Die tak dapat nak ikut hari ni gi kenduri. So, die nak jugak lah hadiah die sampai kat Suzie so that terubat lah jugak walaupun orang nye tak der. Macam-macam lah.

Masa we all kat Sec 2, Jila dah call bagitau die tunggu kat rumah. Aku ngan Ain pun bergegas balik rumah and parking kereta. We all pegi satu kereta je ke Felda Palong. Tak koser nak bawak banyak-banyak kereta. So, penuh kan lah satu kereta yan comel tu. Kereta aku tinggal kat rumah Ain. Bawak kereta Jila. 4 orang satu kereta. On the way pegi, Jila bawak. Jalan nye Ya Allah. Tatau nak cakap lah. Berbelit-belit. Jauh pulak tu. Yang aku ni tido je lah kan kat belakang. Bangun-bangun je tak sampai lagi, terus sambung tido balik. Tak tahan lah aku. Takut pening kepala. Nasib baik dah siap-siap makan ubat mabuk. Ahaksss. Sampai kat rumah pengantin pukul 11.30 pagi. Naik rumah jap jumpa pengantin. Then, terus turun gi makan. Lepas makan terus masuk rumah lepak-lepak kat dalam rumah. Tunang si Jila siap leh tido lagi. Sabo je lah aku.



We all balik dalam pukul 3 lebih lah jugak. On the way balik tu singgah Nilai sebab Jila nak cari barang. Aku ngan Ain ni kan dah nama pun menumpang, ikutkan je lah. Aku beli bantal je kat sane. Bantal Spongebob ngan Patrick. Balik-balik rumah je, anak buah aku dah nangis-nangis nak bantal tu. Die ingat aku belikan untuk die gamak nye. Tapi, tak per lah. Aku terus bagi je kat Yaya. Bantal boleh di cari, anak buah tak leh di cari woooo. Hahahaha. Walaupun bantal tu comel, aku redha je lah. Nanti aku nak ajak Ain gi Ayer Hitam masa on the way balik dari Jb untuk cuti-cuti Malaysia nanti. Nak borong bantal Spongebob banyak-banyak. Ahakssss.

No comments: