Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 04, 2008

4 Tahun Dah


Lama kan tak update blog. No idea lah nak blog pasal ape. Tapi, tetiba aku teringat. Pada tarikh semalam genap lah 4 tahun aku berkhidmat di U*TM di hati ku ini. Ahakssss. Kejap je kan masa berlalu. Sedar tak sedar dah 4 tahun dah haaaa. Aku still setia lagi ngan fac tempat aku memula jejakkan kaki ni. Ade sesetengah orang dah tukar-tukar fac dah. Aku tatau lah berape lama lagi aku akan bertahan ngan fac ni. Tapi, aku rasa lah kan, selagi orang tak kacau aku, selagi tu lah aku bertahan kat fac ni. Kalau ade orang kacau aku, dan aku dah tak sanggup nak hadapi orang tu, baru aku pindah kot. Bagi aku senang je, aku tak kacau orang, jangan nak mengade-ngade nak kacau aku eh.

For this time being, aku seronok kat tempat keje aku skrg ni. Boss pun ok, kawan-kawan sekerja pun ok. So, memang tak der masalah lah kan ngan tempat keje skrg ni. Aku bukan ape, kalau nak kena tukar fac ke kan, malas lah nak mula berkawan balik, nak kenal hati budi balik. Huhuhuhuhu. Maybe sebab tu aku tak ramai kawan kot. Kawan-kawan aku balik-balik yang tu je lah. Tak der kawan baru langsung. Nak buat camane kan. Kawan-kawan aku kat luar memang tak ramai. Tapi, kawan-kawan kat blog memang ramai. Sampai kan list nama kat YM aku tu penuh ngan nama bloggers jer. Hahahahaha.

Blog entry ni dah jadi cam caca marba dah. Banyak aku nak cerita sebenarnya. Skrg ni, ofis aku ni tengah sibuk pasal nak pindah ke bangunan baru. Aduhai, aku malas betul lah bab nak pindah randah ni. Bukan ape, barang-barang kat bilik aku banyak gilerrr. Dengan file nye berlambak-lambak. Penat lah nak mengemas. Sampai kat bangunan baru nanti, nak unpack pulak. Dah lah aku sorang-sorang kena handle file-file ni semua. Waaaaaa, rasa cam nak nangis pun ade jugak ni.

Malam ni pulak nak gi ambik gambar family kat studio. Actually, plan nak ambik gambar ni dah lama dah lepas siti convo bebaru ni. Tapi, di sebabkan tak cukup corum, terpaksa lah tunggu sampai semua ade. Tu yang nak ambik malam ni gambar studio. Kalau dah ambik nanti, aku tepek lah kat sini eh gambar tu.

Ok lah, tak der ape dah nak blog ni. Banyak keje nak kena settle ni.

No comments: