Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, January 27, 2008

The Curve

Hari sabtu pepagi lagi aku dah keluar dalam pukul 9 pagi sebab dah janji ngan Ain nak pegi beli adik die punya MP3 kat SonyStyle kat The Curve. Saje je aku ngan Ain keluar awal sebab kalau keluar lewat alamatnye memang susah lah nak dapat parking. Masa aku sampai tu pukul 9.45 pagi. Aku parking kat parking IKEA. Disebabkan masih awal lagi, we all breakfast dulu kat Cafe Ikea. Then, lepas breakfast, masuk Ikea and jalan-jalan dalam tu. Hajat di hati nak beli lah frame tapi gambar studio tak pegi ambik lagi. Tu yang tak leh nak agak saiz ape kan.

Lepas tu, terus pegi The Curve. Terus je pegi kedai SonyStyle tu. Ain settle with 1 GB MP3 untuk bagi hadiah kat adik die lulus PMR. Lepas tu masuk Boutiqoe Guess kejap gi usha-usha jap handbag yang aku suka tu. Sekali, ade daaaa. Tapi, warna hitam tak der lah. Aku pun ape lagi snap lah gambar.



Lepas tu, terus pegi kat Flea Market kat The walk. Sekali, terberkenan pulak ngan sticker. Hahahaha. Cam budak-budak je. Murah je sticker tu. Sticker yang boleh print nama tu. 100 sticker for RM10. Tapi, cam banyak sangat kalau nak buat 100 sticker tu. Aku share ngan Ain. Aku 50 sticker, Ain 50 sticker.


Lepas tu, Ain berkenan ngan pokok buluh dalam pasu bunga yang ade jelly bulat-bulat tu. Die beli satu and kitorang share duit beli satu lagi pasu untuk Jila untuk bagi kat Jila sempena House Warming kat rumah die petang nanti. Boleh lah kira House Warming jugak sebab die kan baru kawin and masuk rumah baru.


Lepas dah puas jalan-jalan kat Flea Market tu, terus menuju ke Big Apple Donut. We all beli Donut je untuk bawak gi rumah Jila petang nanti. Dua dozen terus aku beli donut. Bukan ape, takut ramai yang datang nanti kan. Ade perisa baru kat Big Apple Donut ni. Sedap lah. Alien vs Predator.



Masa kat rumah Jila tu, Ain excited lah tau bukak MP3 yang die beli tu kan. Dah siap charge semua. Then, masa baca manual, die tulis kat situ ade die supply CD ROM untuk install lagu. Sekali, check-check takder lah pulak CD ROM tu. Huhuhuhu. Ain dah monyok semacam je. Nak cakap pun dah tak der mood. Hahahaha. Lawak lah Ain ni. Aku siap cakap lah kat die, tak per nanti kite pegi lah balik The Curve mintak CD ROM tu. Baru lah ok sikit. Adik aku pulak, cam tahu-tahu je aku nak gi The Curve balik, die siap sms aku suruh beli donut. Total donut yang aku beli hari ni je dah 3 dozen tau. Banyak nye.

Lepas dah lepak-lepak and borak-borak kat rumah Jila, Aku ngan Ain pun gerak balik gi The Curve. Ain siap cakap ape tau, Aku ni dah lah first time pegi The Curve, Sekali pegi, sehari sampai dua kali jejak The Curve. Lawak lawak. Lepas dah habis urusan kat The Curve, terus balik rumah. Aduhai, penat nye lah. Balik rumah bukan boleh relax. Dok melayan anak buah aku pulak. Pukul 12 lebih baru lah tido.

Budak kecik tak leh makan banyak-banyak sebab manis

Ape lah Mak Yam ni, Azfar dah jadi bahan eksperimen pulak dah. Azfar pun buat muka redha je lah.

No comments: