Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 11, 2008

Jalan-Jalan ke IKEA dan PAVILLION

Hari ni bangun agak lah lewat giler dalam pukul 10 pagi. Biase lah kan, bile mak tak der, tido aje lah jawab nye kan. Qada tido nama nye. Almaklum je lah kan, cuti awal muharram. Lepas dah bangun tu, terus gesa adik-adik aku bersiap nak gi basuh kereta. Memula ingat nak basuh kereta kat Paya Jaras je. Tapi, cam tak best lak tempat nak lepak sementara tunggu kereta siap di basuh. So, terus lah ke Bandar Baru Sungai Buloh. Kalau basuh kereta kat situ, ok jugak tempat lepak die. Tak panas sangat. Sekali, banyak lah pulak kereta. Tapi, nak tanak tunggu je lah. Dah malas nak gi tempat lain.

Lepas dah basuh kereta, terus menghala ke Ikea. Tapi, nak masuk parking ikea pun tak leh sebab banyak sangat kereta. Last-last masuk parking The Curve. Nanti guna Underpass je nak ke Ikea. Saje je pilih Ikea sebab senang nak pick up kakak ipar aku nanti kat Taman Tun. Sekali lagi gi makan kat cafe Ikea. Sambil makan sambil borak. Ramai giler orang kat Ikea. Lepas makan, singgah Borders sebab Siti nak beli buku. Tapi, haprak pun tak beli. Sabo je lah aku.

Lepas tu, abang aku dah sms suruh ambik Kak Ya kat rumah. Lepas dah ambik Kak Ya, pegi SS 2 pulak sebab nak gi jumpa Helen yang ambik gambar studio kitorang tu. Lepas dah habis urusan, terus menghala ke KL. Pavillion, here we come. Masa on the way ke KL tu memang lengang giler. Tak banyak sangat kereta. Alhamdulillah, senang sangat cari parking kat Pavillion. Tak beli ape pun kat Pavillion. Pegi survey-survey je hadiah abah kat sane. Tapi, boleh pulak tak jumpa. Last-last turun bawah gi beratur beli J.Co lagi best. Ahakssss. Kitorang beli 3 dozen lagi ok J.Co Donuts. Hahahaha. Banyak gilerrrr.

Aku beli sedozen untuk bawak gi ofis. Syida and Siti beli sedozen untuk orang rumah. Kak Ya pun beli sedozen untuk rumah Taman Tun. Then, gi lepak makan kat Food Republic. Makan kat situ pun not bad lah. Sedap-sedap jugak lah. Lepas makan, terus balik rumah.





Lagi satu nak cakap, budak kecik ni dah tak panggil aku MAK YAM. Die dah pandai dah panggil aku MAK LANG. Hahahaha. Tapi, kalau die cam marah kat aku, die panggil lah MAK YAM. Kelakar lah Syara ni tau. Cubit karang.

No comments: