Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, January 12, 2008

Paksa Rela Ke Bagan Datoh

Hari ni staff akademik dan staff pentadbiran yang terpilih telah di paksa rela untuk ke Bagan Datoh Perak untuk perasmian anak angkat FUU kat sane. Memula aku memang malas lah nak pegi sebab kesihatan yang tidak mengisinkan. Tapi, disebabkan nama dah naik dan surat pun dah dapat, pegi je lah.

Penat nye tuhan je lah yang tahu. Bertolak dari Shah Alam dalam pukul 10 pagi. Sampai kat Selekoh, Bagan Datoh dalam pukul 1 tengahari. Biase lah kan, dah pegi pun 3 bas. Memang lah sampai lambat. Ade yang berenti nak gi toilet lah, berenti makan lah. Tu yang lambat tu. Then, dah sampai kat Selekoh tu, kena tunggu pulak bebudak lelaki sembahyang jumaat. Pukul 3 baru lah sampai ke destinasi. Lama giler perjalanan.

Masa sampai tu, makan lagi. Lepas makan baru lah pegi ke Sekolah yang diorang buat perasmian program anak angkat tu. Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang rasmikan. Seronok lah jugak. Tapi, sekejap sangat kitorang kat majlis tu. Ade lah dalam sejam setengah. Pastu, terus balik KL.


Masa on the way balik tu berenti solat and makan malam kat Tanjung Karang.We all makan kat Satay Hut. Serious besar giler satay die. Makan 3 cucuk pun dah kenyang giler. Dan yang bestnye lagi sebab Encik Nazim belanje makan kat Satay Hut tu. Thanks Encik Nazim.


Sampai Shah Alam dalam pukul 10 malam then sampai kat rumah pulak dalam pukul 11 malam. Aduhai, penat giler aku rasa.

No comments: