Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, February 11, 2008

Hari Minggu Yang Panjang

KHAMIS

Bangun pukul 11 pagi sebab tido pun lepas subuh. Huhuhuhu. Camni lah aku kalau hari tak keje. Surfing tak hengat nye sampai tido lepas subuh. Bangun pukul 11 pagi tu terus masak tau untuk adik aku yang malas itu. Hahahaha. Bukan lah malas weh. Aku kan kakak mithali. Masak pun masak telur je pun. Muahahahaha. Hari ni lepak je kat rumah tak gi memane pun. Mak abah aku tak der kat rumah sebab balik Kelantan. Mak ngan abah balik Kelantan ngan Abang Azzam, Kak Ya ngan Syara. Aku nak ikut tapi, hari sabtu kena keje lah beb. Lagi pun, mane nak muat kereta kan. Mak aku suruh bawak kereta aku balik Kelantan. Tapi, aku malas lah nak drive.

Petang pulak keluar ngan adik-adik aku sebab dah bosan giler dok umah. Keluar pun pegi ke Mcd Damansara Damai sebab teringin nak makan Prosperity Foldover. Nanti dah habis Chinese New Year tak dapat dah nak makan. Kena lah pulak tunggu tahun depan. Hahahaha. Alasan yang kukuh betul. Masa makan tu, sms lah abang farid ingat nak gi ruah die kat Prima Damansara. Tapi, die tak der lak balik Bagan Datoh. So, tak jadi lah nak gi rumah die. Lepas makan, balik rumah terus. Tak keluar rumah dah.



JUMAAT

Bangun lewat lagi. Tak gi memane pagi ni. Tengahari ni masak telur masak tomato. Petang pulak keluar pegi rumah Kak Ija sebab bosan giler jugak dok kat rumah. Borak-borak kat rumah die sampai lah nak dekat maghrib baru reti nak balik rumah. Anak Kak Ija, Eishal sangat lah comel nye. Dah pandai jalan dah. Hari tu jumpa baru nak bertatih.



Lepas tu, terus balik rumah. Hari ni telah berjaya mengepau umar suruh beli J.Co Donuts and Umar belanje kitorang makan nasi kukus. Nasib baik tempat keje Umar dekat ngan Pavillion. Kalau tidak, jangan harap lah mamat tu nak beli kan. Huhuhuhu. Sedap nye lah nasi kukus. Lama sangat tak makan nasi kukus. Kalau balik Kelantan mesti mau makan nasi kukus. Kitorang tak dapat makan yang kat KB punya, makan yang Gombak punya pun ok lah kan.



SABTU

Hari ni aku kena keje. Huhuhuhu. Orang sedap-sedap cuti, aku lak kena keje. Sadis betul lah. Ni semua gara-gara ofis aku nak pindah ke ofis baru. Penat sangat-sangat weh.

Ni gambar bilik aku time kemas tau. Skrg ni, bilik aku cam tongkang pecah weh. Nanti aku ambik gambar tunjuk kat korang eh. Aku pun serabut dok dalam bilik aku skrg ni. Rasa nak cepat-cepat pindah. Kalau ikutkan, hari selasa ni nak angkut barang-barang semua. Tapi, tatau lah kan. Perabot semua dah angkat dah. Cuma perabot bilik aku je lah yang belum angkat.




Balik ofis pukul 3 lebih. terus balik rumah. Malam makan nasi kukus lagi Umar beli kan kat Gombak. Malam tak der buat ape selain tengok cerekarama ngan Armageddon. Tapi, tak habis ah tengok Armageddon. Tertido depan tv maaaa. Lepas tu, adik aku kejut masuk tido kat dalam bilik.

AHAD

Bangun pagi ni ajak Syida keluar gi cuci kereta. Dah kotor sangat dah kereta aku. Malu aku nak bawak tau. Lepas cuci kereta, ingat nak gi kedai gambar nak cuci gambar, sekali, kedai tutup lagi lah. Lepas tu, gi beli bahan nak masak tengahari ni. Masak simple-simple je. Huhuhuhu. Tengahari ni aku masak Sardin ngan Sayur kobis. Sedap woooo makan simple-simple. Aku ni kalau mak aku tak der je baru lah nampak aku masak. Kalau tidak, jangan harap lah.

Sardin letak kentang. Sedappp. Mati lah puji masakan sendiri.


Ribena Longan OUR Version. Same cam William sehhhh

Bekas nasi ni mak aku beli kat Indonesia lepas tengok Restoran Bumbu Desa hidangkan nasi dalam ni. Kat Malaysia tak der jual lah rasa nye. Sekali beli sampai 10

Sekian sahaja lah eh cerita hari minggu aku yang panjang.

Lawak minggu ini:

Semalam aku call lah Syara anak buah aku kan. Ni antara dialog die dan aku.

Aku : Syara kat mane tu?

Syara : Syara pegi pantai tadi.

Aku : Syara pegi pantai buat ape?

Syara : Yaya gi pantai main layang (Layang-layang lerrr tu).

Pastu, aku dengar lah kat belakang mak aku ajar die suruh cakap Syara gi makan colek. Korang nak tau die cakap ape.

Syara : Syara gi makan TONEK.

Aku gelak guling-guling rasa nak pecah perut dan aku dengar abah, mak, abang azzam and kak ya pun gelak nak pecah perut. Sabo je lah aku. Colek jadi TONEK. Pelat punya anak buah.

No comments: