Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, February 02, 2008

Test Drive

Hari ni lepas je balik keje, terus aku menghala ke Subang Jaya sebab abah ajak gi test drive Toyota Camry. Aku ajak Ain join sekali. Sesaje je ajak Ain join sekaki.



Memula aku ingat cam tanak lah test drive Camry ni sebab cam besar giler jer keta die. Memula ingat nak round dalam compound Toyota tu je. Tapi, lepas dah drive sekejap, tak boleh jadi ni. Terus je drive keluar dari Toyota. Syok okeh. Abah aku kate kalau 2.0 tak syok sangat sebab tak pick up. Mentang-mentang lah dah biase bawak 2.7 punya kereta. Mau kutuk 2.0 punya kereta lah pulak. Hahahaha. Tapi, bagi aku syok je sebab aku bawak kereta yang 1.3. Hahahahah.

Lepas tu, tengok Toyota Rush pulak. Aku suka lah Toyota Rush ni. Warna hitam cun sehhhh. Nak test drive, tak der lak test drive unit yang Rush punya model sebab model ni baru je launching hari ni. So, tengok je lah.



Lepas tu, terus menghala ke KL dan ke ofis abah dulu gi tinggal kereta aku kat ofis abah. Malas nak bawak kereta banyak-banyak nak masuk parking KLCC. Jimat betul. Hahahaha. Masa kat KLCC, terserempak ngan Futsalbabe tengah shopping ngan ayahanda dan bonda nye dan Babe sempat bohong sunat pada ayahanda die. Tapi kan Babe, ayahanda Babe mesti tak caye punya lah eyzzah ni student U*M. Hahahhahaha.

Dinner kat Dome. Lepas dinner terus balik. Before that, ambik kereta kat ofis abah dan aku telah bawak Ain gi jalan-jalan malam hari di KL. Hahahaha. Bunyi cam jakun kan. Tapi, peduli ape aku. Aku memang suka pegi jalan-jalan KL di malam hari nak nak kalau hari minggu. Happening je rasa. The, terus hantar Ain kat Shah Alam. Sampai rumah pukul 12 lebih.

No comments: