Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, March 29, 2008

aktiviti Jumaat

Lama giler nye tak update blog. Huhuhuhu. Sungguh lah tak der masa dan idea nak update ape. Gambar berlambak-lambak. Nak update hari jumaat hari tu, cable hp pulak tak bawak. Tu yang terbengkalai jerk gambar kat dalam hp. See, dah lama tak update blog, jadi cam janggal lak nak update blog. Hahahaha. Tah ape-ape je aku ni.


Hari ni, aku dapat pc baru. Best nye dapat pc LCD flat screen. Tapi, aku agak kebengongan nak guna microsoft words nye. Hahahaha. Duduk termenung aku depan pc sebab cari icon print. Hahahaha. Tah ape-ape jer tau. Agak lama lah jugak cari baru jumpa. Hari jumaat lepas, aku, Ain ngan Kak Ika keluar pegi SACC Mall masa rehat pegi memborong hadiah kat Riccardo. Ain nak beli hadiah untuk penceramah. Lepas tu, we all gi makan kat kedai mee Only Mee. Sedap sungguh mee die. Kak Ika belanje. Thanks Kak Ika.



Aku tak membeli belah pun hari jumaat lepas. Yang membeli belah lebih nye Kak Ika lah siap beli handbag baru you. Balik-balik ofis je petang tu terus tukar pakai handbag baru. Hahahaha.


Masa aku nak ambik gambar handbag Kak Ika ni, Kak Ika siap cakap ape tau, awak ni mesti nak masuk blog awak. Hahahaha. Lan mesti mengata ni gambar handbag Kak Ika pun nak masuk dalam blog ke? Lan, sila jangan mengata yer. Hahahaha.

Balik-balik rumah je, mak masak sagu gula melaka. Sedap nye lah. Ni Syida jugak yang teringin ni. Semua die nak makan. Lama tak makan sagu gula melaka.



Balik keje je gi ambik abang, kakak ipar ngan anak buah aku balik Sungai Buloh. aku tak pegi agency malam tu. Abang ngan kakak ipar aku je yang pegi. Syara tinggal kat rumah. Anak buah aku tu kecik-kecik lagi dah pandai dah nak kilat-kilatkan kuku. sabo je lah aku. Bile Mak Teh die kilatkan kuku, die pun nak jugak kilatkan kuku. Korang tak caya, korang leh tengok gambar ni. Bukan main lagi si kecik ni tau.



Lepas je Mak Teh dah kilatkan kuku die, Mak Teh suruh lah mintak RM10 kat abah ngan ibu die. Boleh die gi mintak bebetul. Sabo je lah aku. Budak kecik kan, memang ikut je kate orang.

No comments: