Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, March 14, 2008

Al-Fatihah


8 Mac 2008


Now aku nak cerita kenape aku balik kampung secara tergesa-gesa masa hari sabtu lepas. Pepagi tu seisi rumah bangun awal pagi lah kan nak gi membuang undi kat Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Aku sikit pun tak sempat nak ambik gambar masa ke tempat undi tu. Tak kuasa nak ambik gambar.

Lepas dah habis membuang undi, terus balik rumah lepak-lepak layan Azfar main-main kat rumah. Then, Kak Ya, Abang Azzam ngan Syara datang sebab Kak Ya ngan Abang Azzam mengundi kat Sungai Buloh. Layan pulak Syara main-main. Lepas tu, terus keluar pegi hantar Syida kat Klinik Sharifah sebab die ade appointment ngan doktor. Then, terus balik rumah. Syara siap tanya aku, tinggal mak teh ke? Aku jawab lah, yer, tinggal je mak teh tu. Die jawab ape tau, sian mak teh nanti nak balik naik ape? Huhuhuhu. Sabo je lah aku budak kecik ni. Then, siap tanya aku nak gi mane ni? Aku jawab lah nak balik rumah tukar kereta sebab masa tu aku bawak kereta abah. So, nak balik lah rumah tukar ngan keta aku pulak. Bile dah sampai rumah, Syara boleh tanak naik rumah and terus gi kat kereta aku. Sabo je lah aku. Padahal, aku nak rehat-rehat dulu kat atas rumah baru lah keluar gi ambik Syida kalau die dah siap appointment die tu. Nasib baik aku sampai rumah tepat pada masa nye sebab abah dah siap-siap dah nak keluar main golf. So, lepas makan abah keluar main golf.

We all dok lepak-lepak depan tv. Tiba-tiba telefon rumah berbunyi, aku angkat lah. Rupa-rupa nya abah aku yang call nak cakap ngan mak aku. Lepas mak aku dah letak telefon, mak aku bagitau makcik aku yang kitorang selalu pegi melawat hari minggu tu meninggal. Terus sepantas kilat mak aku suruh kitorang semua bersiap untuk ke Hospital Serdang. Before ke Hospital Serdang, ambik Syida dulu. Nasib baik Syida dah siap-siap pakai baju kurung. Aku pun pakai baju masa mengundi pagi tu. Aku pecut kereta masa on the way ke hospital tu. Sampai kat hospital, terus pegi kat wad yang menempatkan arwah makcik aku masa die sakit hari tu.

Then, masa dah sampai kat Hospital, abah aku ajak aku, Syida, Siti ngan Umar balik kampung sebab jenazah nak bawak balik ke Jerteh and nak kebumi kat sane. Petang tu jugak nak bawak balik jenazah ke sane. Lepas tu, aku ngan adik-adik aku terus balik sebab nak kemas baju-baju yang nak bawak balik ke kampung. Bawak balik satu beg je kongsi 3 orang. Huhuhuhu. Kalau balik raya, jangan harap lah nak bawak satu beg kongsi bertiga. Syida punya barang je dah satu beg besar. Mak ngan abah tunggu lagi kat hospital sebab mak ngan abah dah siap-siap bawak beg dah. Ingat nak pegi terus lah lepas dah selesai urusan jenazah tu kan.

Bile sampai je kat rumah, ingatkan lepas dah kemas-kemas baju nak lah jugak tido seround dua. Sekali, memang tak der peluang lah nak tido. Yer lah, nak kena kemas dapur and buang sampah kat dapur. Bukan ape, kan nak tinggal rumah dua tiga hari. Tak sempat nak rest, abah ngan mak dah sampai. So, tunggu azan asar. Lepas solat asar baru gerak balik kampung. Dari Sungai Buloh ke Gua Musang, abah bawak kereta. Aku kat belakang asyik membuta je. Sampai kat Gua Musang, aku ambik alih pulak drive sampai lah ke Jerteh. Sesampai kat Jerteh, jenazah dah sampai setengah jam awal daripada kitorang. Kitorang sampai pukul 12 tengah malam. Terus lepak kat rumah makcik aku. Balik rumah Mak Long aku pun dah nak dekat pukul 3 pagi. Kitorang tak tido pun kat rumah makcik aku tu sebab anak-anak die ramai lelaki. So, agak segan lah nak tido kat sane. Tu yang tido kat rumah mak long aku.


9 Mac 2008




Pagi ni bangun awal sebab diorang nak mandikan jenazah pukul 8 pagi. Lepas breakfast, terus pegi rumah makcik aku. Ni first time tau aku tengok orang mandikan mayat. Nasib baik aku kuat semangat. Aku tengok dari sessi mandikan mayat sampai lah ke kapankan mayat. Masa nak cium mayat tu, aku sedih giler. Memang tak dapat nak bendung air mata aku ni. Dah lah Drama Queen kan. Lepas tu, diorang sembahyangkan mayat kat atas rumah then terus pegi kubur. Aku tak ikut pun pegi kubur sebab mak aku tak pegi.

Lepas tu, terus lepak kat rumah Mak Long aku pulak. Then, lepas kaum lelaki balik dari kubur, terus packing barang, nak balik Kota Bharu pulak nak jumpa ngan atok aku. Lama dah tak jumpa Atok. Rindu gilerrrr. Masa on the way balik KB, jammed nye Tuhan je lah yang tahu. Dari bandar KB nak sampai ke rumah atok aku tu ambik masa dalam 10 minit je sepatutnya. Tapi, kitorang stuck dekat sejam. Huhuhuhu. Ni gara-gara anak perantau semua balik mengundi lah ni. Sampai je kat KB, terus serbu nasi kukus Zaeman dulu. Then, baru balik rumah atok. Sampai kat rumah atok, lepak kejap. Then, terus lepak bilik atok and tido sampai lah pukul 6. Baru reti nak bangun. Hahahaha. Tu pun atok kejut sebab atok nak tengok cerita korea kat bilik die. Huhuhuhu. Cucu-cucu die ni menyibuk je lepak kat bilik die. Padahal ade lagi bilik kat atas.

Malam tu pulak lepas maghrib, Kak zan sebelah rumah atok belanje makan satay. Mak aku kate ape tau, ni nak sambut kemenangan PAS kat Kelantan ke ape ni. Muahahahaha. Lepas sakan kenduri satay, lepak tengok tv. Then, dalam pukul 10 aku keluar ngan Syida and Umar gi medan selera. Niat di hati nak cari Somtam. Sekali, dah habis daaaaa. Kecewa sungguh lah. Lepas tu, lepak minum-minum. Then, terus balik rumah dan terus menidurkan diri.


10 Mac 2008

Bangun pagi, mak aku ajak pegi Kubang Pasu gi cari breakfast. Mewah betul makan kat Kelantan. Kuih still lagi 5 seringgit. Kalau kat KL or Shah Alam tak dapek nye kuih 5 seringgit. Huhuhuhu. Lepas breakfast, terus gerak balik KL. Before that, singgah rumah makcik aku sebab memang dah on the way dah kan. Atok aku kirim duit. Balik KL kali ni, lalu Kuala Terengganu. Selalu ikut Gua Musang je. Lalu Kuala Terengganu ni pun sebab nak gi melawat Ayah Ngoh aku kat Hospital Kuala Terengganu. Masa sampai Kuala Terengganu tu ngam-ngam je waktu melawat. So, terus pegi hospital je lah. Lepas dah melawat Ayah Ngoh aku, terus pegi Jalan-Jalan Cari Makan pulok. Berenti makan kat satu tempat ni. Aku lupa lah pulak ape nama kedai die. Tapi, memang sedap lah. Macam-macam makanan ade. Lepas makan, terus menghala ke Masjid Kristal. Bak kate ayah ngoh aku lah kan, kalau dah sampai ganu, tak sah kalau tak gi Masjid Kristal. So, pegi lah kitorang ni ke Masjid Kristal. Tak siap lagi sebenarnya yang sekeliling Masjid Kristal tu. Masjid Kristal dah siap dah. Lawa sangat. Tapi, orang kate, kalau malam-malam lagi lawa Masjid Kristal ni. Aku snap-snap jugak gambar kat sane. Tapi, harap maaf lah yer, kualiti gambar amat tidak memuaskan. Yer lah kan, guna camera phone je. Camera tak bawak sebab mane lah tergerak hati nak bawak camera kan sebab nak melawat orang meninggal kan.





Lepas dah habis snap-snap gambar kat Masjid Kristal, terus gerak balik KL. Masa kat Kuala Terengganu aku tak drive pun. Abah je yang bawak kereta. Yer lah kan, aku bukan tau jalan pun. Sesat karang tak pasal-pasal je. Then, singgah beli keropok lekor kat Kelulut. Sedap nye makan keropok lekor. Lama tak makan. Lepas tu, terus balik KL. Lama giler perjalanan nak balik KL. Aku banyak tido je. Sampai rumah, terus mandi then aku tak leh nak tido dah. Ape tak nye, asyik tido je kat dalam kereta. Tu yang sampai kat rumah je tak leh nak lelapkan mata. Aku pun on internet and aku layan Ayat Ayat Cinta The Movie. Best. Lepas subuh baru aku tido. Syok betul.

No comments: