Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, March 28, 2008

Nikon D40x

Semalam lepas je balik kerja, terus balik rumah ambik mak ngan adik-adik aku sebab kitorang nak pegi Midvalley. Before that, pegi ambik abang aku dulu kat Prima Damansara. Die tu sibuk-sibuk nak ikut kitorang menjalankan misi membeli belah kali ni. Wife ngan anak die tak ikut. Sebab tu lah aku kena gi ambik die dulu kat rumah die. Lepas tu, we all meneruskan perjalanan ke ofis abah aku. Memula, ingatkan nak tinggalkan kereta aku kat ofis abah then pegi midvalley naik kereta abah. Tapi, bile dah sampai ofis abah, abah kate tak payah tinggal kereta. Bawak je kereta terus ke Midvalley. Sabo je lah aku. Kalau tau, tak der lah pegi ofis abah tadi. Huhuhuhu.

We all parking kereta kat The Gardens. Senang gile parking kat The Gardens. lain kali, kalau datang midvalley, parking kat The Gardens je lah. Tak yah nak melilau cari parking. Masuk-masuk midvalley, terus cari Kedai Fotokem sebab nak menjalankan misi yang sangat best. Korang semua nak tau misi ape? Tengok je lah gambar kat bawah ni ok.




Misi membeli kamera Nikon D40x untuk Siti. Seronok banget ok minah sorang ni dapat kamera. Huhuhuhu. Aku ni tumpang sekaki aje. Best best. Siap upgrade lense lagi ok. Siap upgrade lense 55-200mm. Puas hati ambik gambar guna lense 200 mm. Pastu, siap ambik flash sebijik. Sebab ape, alang-alang membeli tu kan, baik upgrade terus semua tu.




Semua ni siti beli dengan reasonable price lah. Aku tak rasa mahal sangat lah sebab dah upgrade lense semua kan. Lepas dah habis misi kamera ni, terus gi makan kat Secret Recipe. Aku makan Fish and Chips. Sedap nye lah fish and chips die. Aku kongsi makan ngan mak aku. Lepas makan, terus balik. Abah aku gi ambik Syida and aku pulak terus gi rumah mak long aku sebab aku nak gi bayar duit road tax ngan duit insurans kereta aku kat sepupu aku. Rasa lepas beban atas bahu aku lepas dah bayar duit road tax ngan insurans. Kalau tidak, aku rasa cam tak sedap hati je pegang duit banyak-banyak. Masa aku sampai rumah Mak Long aku, mak long ngan sepupu aku je yang ade. Aku dah lama tak tengok anak die yang bongsu. Alahai, comel nye. Geram sangat aku ngan anak die ni. Tembam sangat-sangat.


Lepas tu, terus balik rumah. Sesampai kat rumah ingat lepas dah mandi ke semua, nak terus tido. Sekali, tak jadi nak tido. Dok lepak ngan adik-adik aku testing menembak. Hahahaha. Excited giler sebab dapat kamera baru kan. Tu yang asyik nak menembak je tu.

No comments: