Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, April 24, 2008

Azfar Demam



Semalam aku balik dah lah lewat. Dalam pukul 11 lebih aku sampai rumah. Dah sampai tu ingat nak main-main ngan Azfar. Sekali, budak kecik ni demam lah pulak. Mak aku tengah tidurkan die kat dalam buai. Mak aku siap cakap kat aku suruh sambung tidurkan Azfar. Budak kecik mane nak tido. Asyik lah dok merengek. Yer lah kan, tak sedap badan lah kan. Kalau kite demam pun kite tak sedap badan kan. Inikan pulak lah budak kecik kan. Masa tu, bagi Azfar minum susu. Before that, die dah muntah dah. Banyak lak tu die muntah and banyak kali pulak tu die muntah. Masa aku dukung die pun banyak giler die muntah. Habis baju aku kena Azfar punya muntah.

Lepas tu, terus ambik keputusan bawak Azfar pegi Putra Medical Centre. Penat weh. Dah lah aku baru balik. Pastu, kena kuar pulak nak gi PMC. Dah jadi cam mak orang dah aku semalam. Yer lah kan, kakak ipar aku tak der die gi outstation. So, aku lah yang kena. Masa kat klinik, doktor masukkan ubat bontot kat Azfar. Masa balik tu, tak dan sampai rumah die dah tido dah.

Kesudahannye, nak dekat pukul 2 baru aku tido tau. Pagi ni aku bangun lambat. kelam kabut aku bersiap. Tepat-tepat pukul 8 pagi aku dah sampai ofis dah. Aku bawak kereta cam orang gilerr.

No comments: