Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 22, 2008

Congkak



Hari jumaat lepas, aku pegi menonton cite Congkak ngan mak, abah, abang-abang and kakak ipar aku. Adik-adik aku tak ikut sebab diorang takut nak tengok plus kena jaga anak-anak buah yang ditinggalkan sebab mak pak diorang gedik nak tengok Congkak. Hahahaha. Kitorang tengok Congkak ni guna tiket untuk kids. Jimat kos weh. Ahakssss.

Bagi aku lah kan, cite congkak ni tak der lah menakutkan sangat kalau nak di bandingkan dengan cerita Jangan Pandang Belakang. Hantu-hantu dalam cerita Jangan Pandang Belakang lagi seram. Dalam filem congkak ni tak der lah seram sangat. Filem Congkak ni banyak scene yang terkejut-terkejut je lah. Sound effect die memang lah aku boleh puji. Memang best. Patut lah awal-awal die dah keluarkan amaran tak bagi orang yang sakit jantung tengok.

Antara scene yang aku tak leh membuatkan bulu roma aku naik ialah seperti berikut :

Dalam perjalanan, isterinya, Sufiah bermimpi kereta diorang accident. Dia toleh belakang dan dapati anak dia Lisa hilang. Dia keluar daripada dalam kereta dan pegi cari Lisa. Pastu dia nampak Lisa dipimpin pegi oleh seorang nenek. Nanu panggil Lisa. Lisa berenti tapi nenek tu terus menghilang ke arah hutan. Nanu pegi dapatkan Lisa tapi tiba-tiba Lisa pengsan. Nanu angkat Lisa bawak balik ke kereta. Tiba-tiba terdengar suara Lisa panggil dia dari belakang. Sufiah toleh ke belakang dan nampak anak dia Lisa tengah berdiri kt belakang dia. Lisa tanya siapa yg mak dia tengah angkat tu dan bila Sufiah toleh depan… wargghhhh!! (ok,aku dah siap tutup mata ngan tudung aku dah time ni. jadinye, aku tatau apa yg Sufiah pegang time tu). hahaha. Nak tengok sangat. Tapi, penakut yang amat.


Scene 2

Sufiah mimpi jugak yang die dengar orang main congkak kat bawah rumah die. Then, die bangun lah and turun ke bawah nak tengok sape yang main congkak kan. Time tu, die ingat anak die Lisa yang tengah main congkak tu, rupa-rupanya bukan Lisa. Tapi, bukan Lisa sebenarnye. Tapi, ade sorang budak yang jugak aku tak tengok dengan mata kepala aku sendiri sebab aku tutup mata time ni. Huhuhuhu. Takut sehhhh.

No comments: