Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, May 30, 2008

7 Things

7 RANDOM FACTS ABOUT ME:

  • Anak perempuan mak ngan abah yang berdikari dan tidak mengharapkan kat orang lain kalau nak ke mane-mane
  • Suka tolong kawan biar diri sendiri yang susah. Aku pernah pegi ambik kawan aku kat Pudu Raya pukul 3 pagi. Masa tu, kawan aku lari dari rumah okeh. Mak aku tatau kawan aku lari dari rumah. Hahahaha. Abang aku lah jadi mangsa tolong teman aku gi ambik kawan aku kat Pudu Raya. Kalau mak aku tau kawan aku tu lari dari rumah, mesti mak aku tak bagi aku bersubahat. Hahahaha
  • Tak suka makan taugeh
  • Suka yang amat dengan warna hitam dan pink. Kalau baju ke atau ape-ape warna gabungan hitam and pink sangat suka ok
  • Tak suka makan makanan yang pedas-pedas. Kalau aku makan jugak makanan yang pedas-pedas, akan meleleh lah air hidung semua. Huhuhuhu.
  • Suka keluar dengan adik-adik aku berbanding kawan-kawan aku. Tapi, tak bererti aku tak keluar ngan kawan langsung. Tapi, lebih suka ngan adik-adik lah. Kalau aku dah kawin, mesti adik-adik aku boring sebab aku tak der. Dan kalau boleh, lepas kawin pun aku nak kekalkan cam skrg ni. Walaupun keluar dengan husband, akan ku angkut jugak adik-adik ku. Hahahaha. Berangan je lebih.

7 THINGS THAT SCARE ME:

  • Tido Dalam Gelap. Sebab tu kalau aku tido bilik aku terang benderang je.
  • Binatang yang menjalar
  • Makhluk Halus. Nauzubillah
  • Cicak
  • Nak kunci pagar rumah aku malam-malam. Takut ade orang sergah. Huhuhuhu.
  • Katak
  • Belum kawin lagi ni weh

7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:

  • Ada Untukmu - Nubhan
  • Matahariku – Agnes Monica
  • Mawar Putih Untuk Mama – Sharifah Aini
  • Permata Yang Di Cari - Dehearty
  • Cintamu – Dato’ Siti Nurhaliza
  • Doa Seorang Kekasih - Inteam
  • Sebelum Cahaya - Letto

7 THINGS I SAY THE MOST

  • Assalamualaikum Mak, Assalamualaikum Abah. Ni wajib cakap tiap-tiap pagi before pegi keje lepas salam and cium pipi mak and abah
  • Kelakar lah kau ni
  • Huk Aloh
  • Ko ni kan…..
  • I Love u
  • I Miss u
  • Eh, blah lah weh.

7 THINGS I TREASURE THE MOST.

  • My Family
  • My Car
  • My Satu-satu nye Coach Handbag. Ni lah satu-satunya handbag yang paling mahal aku ade.
  • My Handphone. Mak aku kate hp ni nyawa aku.
  • My Friends
  • My Buku Cerita yang berlambak giler kat rumah tu.


7 FIRST TIME THINGS I EVER DID:

  • First time naik atas pentas buat persembahan masa tadika.
  • First time jadi penyanyi solo nasyid kat MGS. Masa tu nyanyi lagu nasyid untuk guru besar kitorang yang nak bersara. Menggelabah rock aku weh. Sampai masa nak nyanyi tu boleh lupa lirik. Cikgu aku kat belakang dah jegil-jegil mata kat aku. Masa tu aku rasa suara aku sedap sangat. Hahahaha. Merdu ok.
  • First time aku buat blog ialah pada tahun 2001
  • First time aku dapat lesen, terus aku bawak van tau. Masa tu aku ngan abang aku. Lepas je aku ambik lesen aku yang dah siap kat sekolah memandu, terus abang aku suruh bawak kereta. Aku pun ape lagi, terus lah bawak kan. Masa tu, aku ingat lagi lalu bukit nak gi Komuter Sungai Buloh. Abang aku dah menggelabah giler sebab van menggelungsur ke belakang. Hahahaha. Lawak-lawak. Lepas daripada tu, terus aku bawak auto. Skrg ni aku dah tak reti nak bawak kereta manual dah.
  • First time pegi Parlimen tahun lepas. Bawak budak-budak Asasi Law buat lawatan.
  • First time dating masa umur aku 18 tahun. Before that tak pernah dating-dating tau. Di larang keras sama sekali.
  • First time naik kapal terbang sorang-sorang masa darjah 4 dari Penang ke KL. Masa tu rasa bangga kat diri sendiri sebab survive naik flight sorang-sorang. Tapi, ade lah sorang pramugari jaga. Aku siap panggil pramugari tu Peragawati.

7 PEOPLE TO DO THIS

  • Izyan Darlina
  • Kak Ina
  • Ida
  • Kak Nora
  • Hanis
  • Diana Mummy Adam
  • Sya

No comments: