Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Monday, May 19, 2008

Aktiviti Hari Minggu

Hari ni pagi tak der gi memane. Tengahari menghala ke Klang sebab nak gi kenduri kawin sepupu Kak Ya. Lepas habis kenduri, terus menghala ke SACC Mall sebab nak gi Body Shop lagi sebab nak shopping lah kan.



Ni hasil rembatan dua hari berturut-turut pegi body shop. Rambang mata aku ni weh. Tatau nak beli ape. Puas fikir masa kat dalam Body Shop tu. Masa aku kat Body Shop SACC Mall tu aku suka lah sangat sebab adik-adik kat Body Shop tu layan aku ni sikit punya baik tau. Minah-minah kat Body Shop OU sombong nak mampus. Nak layan datin-datin je. Orang-orang cam kite ni jangan harap nak di layan nye. Berlainan lah dengan bebudak Body Shop kat SACC Mall ni. Siap borak-borak ngan mak aku lagi. Hahahaha. Mentang-mentang lerrr aku ni pelanggan tetap. Hahahaha. Tapi, memang lah mak aku pun suka budak-budak ni sebab peramah yang amat.

Lepas dah habis shopping kat Body Shop, terus menghala ke KL Sentral ambik Paksu aku. Paksu aku datang KL pagi tadi from Kelantan naik keretapi. Lepas ambik Paksu, terus balik rumah. Aku lepak-lepak je kat rumah. Abah, Paksu ngan Uncle Amir dok sibuk bincang pasal projek. Aku bantai tido dalam bilik mak. Best sikit tido dalam bilik mak sebab ade aircond. Lena betul aku tido. Bangun tido tu, cakap ngan mak nak ikut abah gi KL Sentral malam ni sebab Abah nak hantar Paksu balik Kelantan naik keretapi malam ni. Aku suruh mak tanya abah boleh ke kitorang ikut. Tapi, mak aku tak tanya pun. Aku cakap kat mak suruh je siap-siap semua. Aku guarantee punya lah kalau mak tanya, mesti abah setuju je. So, kesudahannya, memang abah setuju kitorang ikut. Lagipun kan, bosan maaaa dok umah.

We all keluar sebelum maghrib. Sampai KL Sentral, terus gi makan kat Kenny Roger's.





Kalau esok hari bekerja, tak der makna nye aku nak keluar hari ahad malam tau. Ni pun nasib baik lah esok tak keje sebab cuti hari wesak. Lepas dah habis makan, kitorang hantar Paksu naik train, abah ade hal nak jumpa kawan lagi. Aku, mak ngan adik-adik aku gi jalan-jalan sekitar KL. Dah tatau nak gi mane. Siap lepak kat Taman Tasik Titiwangsa tengok Eye on Malaysia. Lepas tu pegi Maluri, Bintang Walk then terus gi KL Sentral balik ambik abah. Lepas tu, terus balik rumah.

No comments: