Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, June 01, 2008

Bowling, Shopping & Jomheboh

Pagi ni bangun solat subuh. Lepas je solat Subuh, terus tido balik sampai lah pukul 8 lebih. Then, bangun siap-siap sebab nak gi Sunway Pyramid sebab ade orang gian nak melalak kat karaoke. Kitorang keluar rumah pukul 1o pagi sebab takut parking penuh lah pulak kan. Lepas dah parking, terus menghala ke Red Box. Sekali, penuh lah pulak Redbox ni. lepas tu, terus menghala ke Giant untuk sarapan pagi. Lepas dah breakfast, Noor cadang gi main bowling sementara nak tunggu pukul 2 petang sebab kitorang booking karaoke pukul 2 petang. So, tanpa berlengah lagi, terus kitorang hala kan kaki dan badan kitorang ni ke Sunway Mega Bowl. Betul ke eh Sunway Mega Bowl? Lantak ler kalau salah. Kitorang ambik 2 games. First game aku dapat nombor 2. Second game aku kalah teruk. Huhuhuhu. Masuk longkang memanjang tau.


Lepas main bowling, terus ke Redbox balik. Memang lah tak der rezeki nak berkaraoke. Cina kat Redbox tu banyak songeh kate kena ade keahlian lah ape lah baru boleh masuk. Boleh blah lah weh. So, lepas kecewa tu, masuk lak butik ELLE. Kebetulan ELLE tengah ade sales. So, aku dengan rasa tidak bersalah nye terus rembat sepasang kasut. Lepas aku rembat kasut, aku rembat buku kat MPH. Then, masuk Guardian pulak aku beli bedak ngan lipliner. Kebetulan pulak bulan ni semua benda alah ni habis.



Lepas tu pulak pegi pulak Jusco. Aku tak beli ape-ape pun. Lepas tu terus pegi J.Co. lepas memborong J.Co terus balik rumah aku. Balik rumah aku pun sebab nak gi ambik baju aku untuk tido lagi satu malam kat rumah Ain. Huhuhuhu. sesampai kat rumah aku, abang aku ade kat rumah. So, rehat-rehat kejap. Lepas solat zuhur, keluar balik sebab Noor menggedik nak pegi Jom Heboh kat Bukit Jalil. Kitorang dapat parking sikit punya jauh lah dekat Sekolah Sukan Bukit Jalil nun. Penat aku berjalan. Nasib baik aku pakai selipar je. Kalau aku pakai heels, tak dapat ku bayangkan keadaan kakiku camane. Masa sampai kat Jomheboh tu, kitorang terus pegi kat booth WHI. Booth tu masa tu ade Azhar Sulaiman, Erry Putra, Ifa Raziah ngan pelakon SpaQ yang jadi anak lelaki Qistina tu. Nama die aku tatau. Tapi, masa ni sempat ambik gambar dengan Azhar Sulaiman jerk. Memula aku kate si Noor yang gedik nak gi Jomheboh. Sampai sane je, aku yang jadi terlebih gedik dok snap gambar ngan artis-artis. Hahahaha.


Lepas tu, terus kitorang pegi booth HotFM pulak sebab Ain nak beli baju untuk anak buah die. Kitorang pun tak lepas peluang lah ambik gambar dengan penyampai HotFM Fiq ngan Ikhwan. And kitorang ambik jugak gambar ngan mamat-mamat HotFM Myvi Zoomerzzz. Alaaaaa, yang aku kate anak angkat Mak Long aku tu.



Lepas tu pulak, kitorang pegi booth Hotlink pulak. Kebetulan masa kitorang sampai tu, deejay bertugas bagitau kejap lagi ade kumpulan SOFAZ. Aku ngan Ain lagi lah menggedik nak tengok SOFAZ. Nak tengok Amer in person camane rupa nye. Hahahaha. Aku, Ain ngan Noor siap berdiri kat depan sekali ok.



Lepas dah habis konsert SOFAZ kat booth Hotlink, terus pegi balik kat Booth WHI tu. Sekali tengok artis-astis tadi ade lagi. So, kitorang pun serbu lah. Dapat lah bergambar dengan diorang semua.


Lepas keletihan semua baru lah kitorang ni reti nak balik. Penat sehhh jalan jauh. On the way balik tu, singgah gi makan malam kat Naili's Place Ampang. Senang je nak cari rupanya Naili's Place ni. Aku dah tatau nak order ape lah masa kat sini. Aku order je Chinese Fried Rice. sedap okeh Chinese Fried Rice die.






Makanan kat Naili's Place ni sedap-sedap belaka okeh. Lepas tu terus kitorang balik Shah Alam. Penat nye lah aku rasa.

No comments: