Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, May 31, 2008

Lili Buat Najah

Aku beli buku ni masa aku pegi SACC Mall dengan Ain masa waktu rehat. Masa memula aku tengok tajuk buku ni, aku ingat Najah ni nama perempuan. Sekali, Najah ni nama lelaki daaa. Giler best baca buku ni. Menusuk ke dalam kalbu. Sedih sangat-sangat baca buku ni. Teresak-esak aku menangis tau baca buku ni dari pertengahan cerita sampai lah ke akhir cerita ni. Kalau korang tak caya, korang baca lah eh. Tapi, memang sedih lah. Tapi, tatau lah kalau korang tak nangis kan sebab aku memang mengaku jiwa aku ni sensitif betul.


Sinopsis Lili Buat Najah:

telah kau tunai seribu janji satu kau mungkiri… hidup bersamaku… Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri. Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan sudah terang lagi bersuluh. Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah? Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan? Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...

Tulis Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana jadi bagaimana aku harus terus hidup kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya…? Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari arah timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!



No comments: