Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 07, 2008

Aktiviti Jumaat


Hari ni aku keluar lepas solat jumaat terus ke Pavillion cari makan. Hahahahaha. Tah ape-ape je cari makan sampai ke Pavillion. Sampai je Pavillion, terus beratur nak beli J.Co Donuts. Then, lepak kat Food Republic. Aku tak order pun sebab aku share je makan ngan adik aku. Lepas lepak makan-makan, teringin pulak nak makan cream puff. Kitorang beli 2 jer. Bile dah masuk kereta, rasa lah cream puff tu rasa cam sedap pulak yang perisa vanilla. Rugi pulak tak beli banyak. Huhuhuhu.



Lepas dah keluar dari Pavillion, terus ke Wisma YMCA kat Brickfield sebabnya adik aku nak gi beli buku kat Warehouse Pay Less Book. Aku beli sebuah je buku. Aku memang tak der niat pun nak beli buku. Tapi, kebetulan pulak terjumpa sebuah buku Men Are From Mars, Women Are From Venus by John Gray dan kebetulan jugak aku baru habis baca buku Aku Terima Nikahnya tu kan, Ustaz Hasrizal ade sarankan supaya baca buku ni. Tu yang aku beli buku ni.



Lepas dah habis memborong buku, dah memang kebetulan ade kat Brickfield, terus lah singgah kat MGS 2. Sekolah aku ngan adik-adik aku dulu. So, ape lagi, kitorang pun mintak permission kat pak guard tu. Bile dah masuk dalam sekolah tu mula lah mengimbas kembali masa zaman-zaman sekolah dulu. Kelakar pun ade tau.







Bile agak-agak dah puas berposing kat sekolah MGS, terus je menuju ke Giant Kelana Jaya gi beli barang dapur. Lepas tu, terus ke The Curve sebab Siti nak cari baju kat Nichii. Siti ngan Syida masing-masing dapat beli sehelai baju. Aku tak beli baju pun. Aku just beli sandals je.


1 comment:

Anonymous said...

eyzzros.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading eyzzros.blogspot.com every day.
advance loan
payday advance