Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 25, 2008

Exam KPSL

Aku dapat CTR dua hari sebab nye aku pegi exam KPSL kat Putrajaya. Jauh giler kan pegi exam kat Putrajaya. Masa hari Jumaat tu dapat email bagitau pukul berape nak berkumpul nak gi exam ni kan, aku ingat berkumpul kat Seroja dalam pukul 7 ke 7 lebih lah kan. Sekali, tengok kat email, kena berkumpul pukul 6 pagi untuk sesiapa yang exam kat KL dan pukul 6.30 pagi untuk sesiapa yang exam kat area Putrajaya. Huhuhuhu. Giler betul lah nak gi pepagi buta. Yang aku ni haaaa, bile dah kate nak kena berkumpul pukul 6.30 pagi, mula lah aku tak lena tido. Takut tertinggal bas. Kelakar je aku ni haaaa. Tah ape-ape jerk. Siap kunci jam pukul 4.30 pagi. Hampeh jerk. Dah lah yang naik bas nye berape kerat jerk. Bile kira-kira ade lah dalam 9 orang. Tapi, diorang bagi bas besar. Macam lah ramai sangat nak ambik exam nye.

Lepas tu, awal giler lak tu sampai. Exam pukul 9.30 pagi tapi pukul 8 pagi kitorang dah sampai. Satu hal lak kena melangut kat situ. Melangut ke melangok eh? Ahhhh, whatever lah.

Nasib baik exam KPSL ni open book. Kalau lah tak open book, mane lah aku nak cari jawapan. Huhuhuhu. Mesti kosong jerk kertas jawapan aku tu. Hopefully lulus lah exam ni. Malas lah nak ambik banyak-banyak kali ni. Mak tak koser okeh.

Slip exam yang siap Kak Ika tolong laminate lagi. Hahahhaa. Alasan laminate sebab takut lunyai. Hahahaha. Padahal periksa bukan nye 3 minggu. En K siap gelak bile bagitau kat die yang aku ngan Kak Ika nak laminate slip exam sebab takut lunyai. Encik K siap kate kitorang ni cam budak-budak. Budak-budak pun budak-budak lah asal kemas dan tak keronyok slip exam ni.

Sikit punya banyak lah buku yang kena bawak masuk dewan. Kesemua buku-buku ni di guna kan sebaik mungkin.

Ni paper bahagian II. Bahagian I punya paper dah lunyai dah di kerjakan oleh orang-orang kat rumah aku. Susah yang amat paper ni. Memula baca soalan, aku dah blur dah mane nak cari jawapan. Bukan kejap-kejap tau aku blur. 15 minit jugak aku blur. Lepas tu, nasib baik cepat tersedar. Kalau tidak, lagi lama agak nye aku blur. Hahahaha.






Ni lah antara muka kebengangan sebab kena naik bas pukul 6.30 pagi pegi Putrajaya. Mengantuk yang amat aku. Aku sambung tido dalam bas sebab memang tak cukup tido. Ok, ok aku mengaku aku buat-buat tido je masa ambik gambar tu. Tapi, hakikatnya, memang aku betul-betul tido tau.

Kesudahannya, hari ni disebabkan aku tanak tunggu bas pukul 6.30 pagi and sampai awal giler kat tempat exam, aku ambik keputusan tumpang kereta
INTEC sekali ngan Lya. Lya pun ambik exam kat tempat yang same ngan aku. So, tak yah lah aku pegi awal giler kan. Kitorang gerak hari ni dari sec 17 pukul 8 pagi and sampai kat Putrajaya dalam pukul 8.50 pagi.

Eh, kan aku bagitau kat atas tadi aku dapat CTR kan? Aku memang lah dapat CTR. Tapi, aku datang keje jugak tau. Rajin kan aku? Hahahaha. Aku tak rajin lah nak datang keje kalau tak boss aku yang gesa suruh aku datang. Hehehehe. So, kepada boss ku, sila bagi markah akhir tahun yang tinggi yer. Hahahaha.

No comments: