Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, June 28, 2008

Penang - Part 5

Lepas dah habis majlis, sesampai je kat hotel, terus aku terjun swimming pool. Tapi, of course lah before that aku dah siap tukar baju kan. Aku siap suruh adik aku bawak turun baju swimming kat bawah. Aku malas nak naik bilik sebab ambik banyak masa. Yer lah kan, bilik kat tingkat 34. So, banyak masa nak kena gunakan untuk tunggu lif lagi sebab masa tu dah pukul 6 lebih. Aku swimming puas-puas sebab esok nye aku malas dah nak turun swimming. Hari ni jugak lah aku menggedik naik slide. Nak jugak tu naik slide. Lepas gian. hahahaha.

Masa we all naik tu dah pukul 7 lebih. Nak dekat maghrib dah. Lepas dah naik, terus mandi dan siap-siap sebab nak keluar gi makan pulak. Malam ni we all gi makan Char Kuew Tiaw pulak dekat ngan tokong ular.





Char Kuew Tiaw die sedap sangat i tell u. Kalau korang pegi Penang, cari lah eh kedai makan Sany Char Kuew Tiaw ni eh. Kitorang order yang special. Char Kuew Tiaw Special die ni ade 5 ekor udang ok. Dah lah abah aku pun order yang special. Abah dah lah tak leh makan udang. So, abah bagi aku kesemua udang dalam pinggan abah tu. So, total kesemua udang yang aku makan 10 ekor. Banyak giler. Abah ngan Abang Azzam siap makan 2 pinggan char kuew tiaw lagi. Murah pun murah. Makan 8 orang kena bayar RM45 aje. Murah kan? Memang murah giler.

No comments: