Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 04, 2008

Melawat Harith Haikal

Semalam lepas je balik keje, terus bergegas balik rumah ambik Syida sebab nak gi Hospital Sungai Buloh nak melawat Marina yang baru je melahirkan baby boy pagi tadi. Memula nak ikut jalan kat Bandar Sungai Buloh. Tapi, batalkan niat nak lalu situ sebab dengar dalam radio kate Sungai Buloh jammed sebab banjir kilat. So, kitorang pun lalu lah Highway GCE. Senang je lalu GCE ni. Tapi, tu lah kan kena lalu banyak tol. Nasib lah kan dah nak elak banjir nak buat camane kan. sampai kat Hospital Sungai Buloh, makcik Marina ade sekali. Tapi, tak lama lepas tu diorang balik. Lepas tu, kitorang pulak yang penuhkan tempat Marina. Aduhai, comel nye lah baby Harith Haikal ni tau. Geram sangat-sangat.


Terserlah wajah keibuan Ain. Hahahhaa

Buat cam rumah sendiri yer Cik Ain. Ni sape yang sakit ni?

Lepas je melawat Marina, terus aku bergegas nak jumpa dengan Azila sebab nak ambik buku ngan die. Buku ape yang aku beli kat Azila, tunggu next entry ok.

No comments: