Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 17, 2008

Plain Jane


Aku baru beli buku ni minggu lepas. Tak habis baca lagi pun buku ni. Buku ni best sebab bahasa die straight to the point. Bile aku baca je buku ni memang kelakar habis. Asyik lah nak gelak je bile baca buku ni. Sampai kan adik aku menegur kalau baca buku tu boleh tak kalau tak gelak. Nak control gelak camane kalau dah memang kelakar pun bahasa die kan. Buku ni aku beli pun lepas Kak Eiyra yang sarankan kat aku suruh baca.



Sinopsis Plain Jane :


Maksud saya, kawan-kawan Ana terdiri daripada gadis-gadis yang.. macam Ana. Tapi awak tak macam dia. Tak ada beg berjenama LV atau bersolek MAC atau berbau minyak wangi Carolina Herrera. You're like a Plain Jane berbanding mereka semua.



Kau gila Kis? Esok ada lima kelas! Tak penat ke? Hati aku menjerit. Tapi kenapa nak dengar kata hati? Baik dengar kata Zaniel. Zaniel sepuluh kali lebih kacak dari hati aku.



Kadang-kadang kita perlukan drama dalam hidup untuk menambahkan rencah dalam cerita yang bakal kita ulang kepada anak cucu. Khir adalah 'bunjut dalam sup' hidup aku ini, ia menambah rasa, namun bukan untuk di telan!



Awak ikut protokol dan awak rasa memberitahu saya yang awak cintakan saya dan mendapat pengesahan yang saya cintakan awak adalah cara bercinta yang ideal. Kadang-kadang kita tak perlu menyebut 'Saya cintakan awak' untuk memberitahu seseorang yang memang kita cintakan dia. Cukup hanya dengan menunjukkannya, mengambil tahu, memahami.



Aku tidak perlukan fantasi itu. Semudah itu untuk menjadi diriku.

------------------------------------------------------------------------------------------------


Bile aku baca sinopsis buku ni terus aku terpikat sebab ade perkataan LV, MAC dan Carolina Herrera. kelakar betulkan. Tah ape-ape jerk. Tapi, itu lah hakikatnya. Biase lah kan perempuan mane boleh di pisahkan dengan semua-semua benda tu.

No comments: