Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 30, 2008

Cerita Pasal Makanan

Hari ni jom kite layan gambar makanan nak tak? Huhuuhuh. Gambar ni banyak yang terperap dalam handphone lah. Nak buang sayang. Hahahaa. At least, kalau tatau nak makan ape, boleh lah korang refer blog aku. Hahahaha. Mesti ade je yang mengata aku kan, asyik gambar makanan jerk, mane lah tak g*muk. Hahahaha. Sesape nak mengata, mengata lah yer. At least, saya tak jadi diri orang lain. Saya menjadi diri saya sendiri. Tatau lah nak cakap eh. Tapi, family aku ni jenis suka makan kot. Lagi satu, kalau pegi sesuatu tempat yang baru, we all suka explore cari kedai makan yang sedap. Sampai sanggup call kawan tanya kat mane kedai makan sedap. Biar lah sesat barat sekali pun asal dapat makan sedap.

Ni Asam Laksa kat Pak Li Kopitiam, Sek 7 Shah Alam

Snowy Ice Durian Belanda. Kepada penggemar durian belanda, pegi lah Pak Li Kopitiam. A must try menu

Ni Hainanese Chicken Chop. Aku suka chicken chop ni. Ayam die rangup. Kalau nak rasa boleh pegi kat Pak Li Kopitiam, Sek 7, Shah Alam ok

Ni Nemo grilled fish. Die punya sos tu sedap sangat. Menu ni boleh dapat kat Auntie Juliet's Garden Cafe. Nanti kalau aku ade peta, aku letak kat blog ok.

Ni bread pudding. Sedap giler tau. A must try jugak kat Auntie Juliet's Garden Cafe

Ni rawa masala. Korang pernah makan rawa masala tak? Rawa masala ni aku makan kat Sampoorna curry house kat Brickfield. Rasa die tetap same macam masa aku makan kecik-kecik dulu. Dulu selalu makan kat Sampoorna Curry House ni sebab kan aku dok kat Bangsar. Rawa masala ni tosei dan dalam die ade isi kentang and sayur kobis kalau tak silap aku. Tosei aku tak makan sangat. Tapi, rawa masala aku makan. Camno tu?

Ni Mango Lassi. Pekat likat betul dan sedap. Ni kat Sampoorna Curry house jugak.

Ni Snowy Ice Mango. Kat Pak Li Kopitiam. Kalau pegi Pak Li, mesti aku order Snowy Ice Mango ni. Aku suka jelly die tu. Sedap.

No comments: