Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Friday, July 25, 2008

Hasil Rembatan

Kan aku bagitau semalam aku dah apply cuti siap-siap sebab nak pegi J card member sale kan? Tapi, aku pepagi buta dah tercongok kat Shah Alam. Bukan nye tercongok kat Midvalley nun. Huhuhuhu. Aku kena bawak kereta abang aku gi service dulu before aku pulak gi Midvalley. Disebabkan masih awal lagi, aku ngan Ain gi breakfast dulu kat Jayati. Lepas breakfast, baru gi hantar Ain gi office. Aku ni mane lah nak tau kan seksyen 7 kat pintu belakang U*TM tunak jem kan, kalau aku tau lah jem giler, tak der nye aku nak lalu. Aku ni kalau time jem memang lah hilang sabar tau. So, semalam lah first time aku experience jem kat Shah Alam. Selalu nye jalan memang smooth jer. Lepas dah drop Ain kat ofis, aku pun gerak ke pusat servis. Aku dah set appointment pukul 8.30 pagi. Tapi, bapak lama lah nak tunggu sampai habis servis. Ade sejam setengah. Bosan aku tau.


Lepas dah habis servis, balik rumah beristirehat, kuar rumah balik lepas zohor. Sesampai je Midvalley, memang ingat nak exchange parking je ngan abang aku yang dah kuar rumah seawal jam 6 lebih. Tapi, nasib kitorang baik, sebab dapat jugak parking nye. Mak aku kate, kalau bawak budak, senang nak dapat parking. Tapi, aku tatau ah betul ke tak ape yang mak aku cakap sebab kadang-kadang aku bawak Yaya, cam susah jugak nak dapat parking. Kesian kat Yaya semalam, dah pakai lawa-lawa tak dapat nak ikut kitorang. Hahahaha. Time kitorang sampai Midvalley, abang ngan kakak ipar aku pun nak balik dah. So, Yaya ikut mak pak die balik umah wan. Hahahaha. Tak koser ok nak bawak budak gi shopping kat Jusco time-time camni.

Masuk-masuk je Jusco, kitorang terus gi kat ladies department. Aku ngan Syida sibuk dok cari baju. Mak aku pulak, ade ke aku tengah cari baju, mak boleh lak mengadu pening kepala. Aku memang dah tau sangat mak aku ni mane boleh ramai-ramai orang ni kan. So, mak aku pun lepak kat kerusi yang nak masuk ke washroom tu. Aku ni mane boleh kalau mak aku cakap die pening kepala, terus aku stress nak cari baju. Huhuhuhu. So, di bawah ni lah hasil rembatan 3 helai baju. Banyak yang aku tak berkenan lah baju-baju yang ade tu. Aku pilih pun yang jenis t-shirt. Nasib baik ade saiz besar. Kan aku dah cakap semalam, tak der makna nye nak cari cadar jer. Mesti ade nye selit-selit punya barang aku ngan Siti.


Ni baju Siti

Ni Baju Aku

Ni baju aku yang same cam baju siti. Tapi, warna je lain

Lepas dah habis merembat baju bajan, naik tingkat atas pulak serbu bahagian cadar and comforter. Memula memang ingat nak beli ELLE. Tapi, cam mahal pulak. So, kitorang terus lah pergi kat AKEMI. Memang dah pilih dah comforter AKEMI. Tapi, mak aku kate takut nampak buruk lak bile dah basuh sebab die warna krim kan. So, tak jadi pilih AKEMI. Terus pegi kat FRIVEN pulak. Memula memang mak aku pilih cadar semua. Tapi, cina supplier tu pandai lah pulak cakap kat mak aku suruh beli set yang quilt cover tu. So, aku aku dah terpikat lah pulak. Bukan mak aku je terpikat. Ngan aku aku sekali terpikat sebab cina tu siap bagi free quilt satu. Sape tanak kan. Seribu lebih habis beli quilt cover ngan cadar FRIVEN sahaja okeh.

Memula pilih comforter AKEMI. Tapi, tak jadi sebab warna die krim. Cam boring je kan tak der warna warni.

Mak siap berborak ngan makcik ni yang keje kat KTM lagi. Sabo je lah aku. Orang tengah ramai-ramai boleh pulak mak aku ni berborak

Hasil rembatan

Quilt Cover untuk bilik aku. Very the English Style kan bunga die

Ni semua hasil rembatan cadar and quilt cover FRIVEN. Yang AKEMI tu Yaya punya. Sibuk jugak nak enterframe die punya cadar teddy bear. Hahahaha.


Updated at 12.00 PM



Sangat bersemangat waja ok. Pagi ni terus tukar cadar baru. Hahahaha. Quilt tu ade dua warna, satu warna purple, belah satu lagi warna putih. Ikut suka hati lah nak pakai warna yang mane satu yer. Cuma satu je aku tak der. Bolster. Dah nak peluk orang tak der kan. Peluk bolster je lah jawab nye. Huhuhuhu.

No comments: