Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 27, 2008

I'm Not Single

Hari jumaat malam lepas aku, Ain, Noor ngan adik-adik aku pegi KLCC menonton filem I'm Not Single. Mesti korang tertanya-tanya kan, kenape lah bapak jauh nye gi tengok wayang. Asal nye aku nak gi KLCC sebab nak gi beli barang kat Isetan. Then, nak gi makan spagetti kat Food Court KLCC.

Petang tu aku gi ambik Ain ngan Noor kat Sek 8. Masa on the way nak ke KLCC, terserempak ngan Kakak Comel kat traffic light. Sempat aku hon ngan lambai tangan kat Kakak Comel. Tapi, die leh tak perasan aku maaaa. Huhuhuhu. Sabo je lah.

Sesampai kat KLCC, terus gi ambik tiket wayang kat TGV. Lepas tu, terus pegi isi perut kat Food Court. Lepas tu baru gi masuk Isetan. Aku gi cari barang aku. Tapi, sedih nye lah barang yang aku nak tu tak der lah pulak colour yang aku nak. Geram je rasa sebab datang jauh-jauh kan. Sekali, tak der lah pulak colour yang aku nak. Nak dekat pukul 9.30 baru gi TGV.

Bagi aku, I'm Not Single ni sangat best. Walaupun cerita die ni teramat lah simple tapi, aku tetap suka. Farid Kamil ngan Lisa Surihani sangat lah comel dalam cerita ni tau. Farid Kamil perangai die annoying tapi, so sweet sangat.





Sinopsis :

I’m Not Single mengisahkan pasangan Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan maya tiada alasan untuk membantah tambahan pula perancangan tersebut disokong kuat oleh nenek Maya yang sangat teringin melihat persandingan cucu tunggalnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Maya sendiri mempunyai teman lelaki iaitu Dani. Dani dan Maya memang saling cinta mencintai dan telah merancang untuk berkahwin. Dani seperti tidak dapat menerima kenyataan Maya sudah berkahwin mencari jalan untuk mendapatkan Maya semula.

“Percutian bulan madu” di rumah pusaka keluarga Adam bukanlah satu rancangan yang bijak. Pelbagai peristiwa lucu yang mencuit hati berlaku sepanjang mereka tinggal bersama. Dalam masa yang sama mereka saling mengenal hati budi masing-masing. Namun Maya masih bertemu dengan Dani dan Maya mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usianya baru 21 tahun.

Melihat perilaku Maya, Adam menjadi tertekan dan serba salah dengan perhubungan itu. Sehingga pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan. Adam terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu Adam. Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.

Apakah kesudahan perhubungan yang sememangnya tidak sehaluan itu?

Tagline yang aku paling suka dalam filem ni ialah :

"KAN AWAK ISTERI SAYA? SAYA SAYANG ISTERI SAYA LEBIH DARI SEGALANYA".



OST I'm Not Single pun sangat lah best.

No comments: