Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Saturday, July 05, 2008

Macam-macam aktiviti

Hari ni bangun pepagi dok melayan Azfar sekejap. Then, dok memain ngan die kat atas katil, tengok-tengok si kecik ni dah tido. Mengantuk sangat lah tu sebab Azfar bangun awal hari ni nak babai atok sebab atok nak gi Indonesia pagi ni. Bile Azfar dah tido, aku pun tido ler sekali. Mak Pak Azfar tak der kat rumah sebab keluar pegi breakfast ngan mak aku. Nak dekat pukul 8.30 pagi baru aku terhegeh-hegeh nak bersiap sebab Kak Ina kate nak datang umah aku dalam kol 9 pagi. Pagi ni aku nak gi rumah Iera sebab hari ni die nikah. Time aku tengah bersiap tu lah Azfar terjaga dari tidur. Aku pun kena lah tunggu mak pak nye balik baru aku leh kuar kan.

Sementara tu, aku dok borak-borak dulu ngan Kak Ina.
Tak lama lepas tu, mak aku balik so aku pun boleh lah keluar gi rumah Iera. Masa aku sampai rumah Iera tu mak andam tengah make up kan Iera. Kerusi meja semua diorang dah kemas dah. Dalam pukul 10 lebih, we all terus gerak ke Masjid sebab Iera nikah kat Masjid. Alhamdulillah, Iera selamat bergelar isteri kepada Adnan dengan hanya sekali lafaz aje. Iera bukan seorang pengantin yang nervous masa nak nikah. Iera ni seorang yang slamber giler. Boleh pulak die dok sengih-sengih masa die dok kat atas tilam pengantin tu. Aku rasa nak cubit-cubiot je Iera. Sampai aku yang dok tegur Iera suruh dok ayu-ayu sikit. Ahahahah. Tapi, lawa sangat Iera masa nikah tu.







Lepas je Iera nikah, aku terus bergegas ke ofis aku sebab aku ade agenda ngan Ayu. Ayu ni boss aku punya wife. Percaya tak kitorang dah lama dah kenal. Yer lah kan, wife boss aku. Tapi, tak pernah nak borak-borak cam dah lama kenal gitu. Tapi, hari ni boleh pulak cam peramah giler. Hahahaha. Kelakar betul. Pegi ofis ni sebab nak tengok orang tua potong kek. Hahahaha. Boss aku punya birthday lah hari ni. officemate aku semua keje hari ni sebab nak susun kerusi kat kelas. Aku dikecualikan sebab Iera nikah kan hari ni. So, aku datang untuk makan jer. Boleh camtu? Hahahaha. Ayu ni lah kate kalau aku tak der tak best. Aku ni ape lah sangat kan. Hahaha.

Masa aku sampai tu terus aku gi jumpa Ayu kat dalam ofis. Masa tu Husna pun ade sekali. Comel betul lah si Husna ni. Petah pulak tu bercakap. Geram je aku rasa. Ade satu masa tu, die suruh aku ambik gambar die siap tunjuk-tunjuk lagi subang die. Alahai, comel jerk. Lepas aku dah ambik gambar, siap nak tengok balik. Na nak tengok gambar? Alahai, comel je die bahasa kan diri die Na. Nama penuh die Husna Humaira. Pastu, si Husna ni rajin betul lah mengemas kat ofis tu. Semua laci die nak bukak. Bile tanya Na buat ape tu? Die jawab, Na kemas. Hahahaha. Kelakar lah anak awak ni Ayu.







Husna yang ambik gambar, tak reti nak dok diam. Ligat je die


Aku update pasal kenduri kawin Iera kat next entry lah eh. Panjang benar lak entry ni.


No comments: