Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, July 22, 2008

Pulut Durian

Hari ahad malam lepas, abah beli durian. Mak aku memang awal-awal lagi dah cakap nak makan durian ngan nasi. Aku tak berape minat sangat makan durian ngan nasi. Kalau makan durian ngan pulut, nak lah jugak kan. So nye, aku telah memaksa mak aku untuk tanak pulut. Huhuhuhu. Nak tanak sendiri tak pandai. Hahaha. So, mak aku pun siap lah call atok kat kelantan tanya camane nak buat pulut tanak sebab mak aku tak biase tanak-tanak pulut ni.

Bile dah siap masak, sesi makan pulut durian pulak. Aku rasa ni makan style orang pantai timur lah kot eh. Mak aku letak sepinggan gula ngan gula melaka yang telah siap di hiris. Tapi, aku tak sentuh pun gula ngan gula melaka tu sebab memang dah cukup manis pun kalau tak tambah dua benda tu. Aku makan siap bertambah-tambah okeh. Sedap sangat. Lagi pun, aku dah lama giler tak makan pulut durian.

Pagi tadi aku siap request kat mak aku suruh buat lagi pulut durian. Tak puas rasa makan hari tu. Huhuhuhuh. Al-maklum je lah kan, aku ngan family aku memang hantu durian. Yang tak makan durian kat rumah aku tu Abang Farid ngan Syida je. Sesungguhnya, memang rugi lah sesape tak makan durian ni. Sedap giler weh. Abang Farid memang lah sejak azali lagi tak minat durian. Yang Syida pulak aku rasa dulu die ade jugak lah makan durian ni. Tapi, skrg ni kenape tah die tak suka durian. Aku pun tatau. Rugi lah tak makan durian wehhh. Ice cream durian makan lak ko eh.


No comments: