Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 27, 2008

Selamat Pengantin Baru Kak Dayang

Hari ni belah pagi tak der gi mane. Tengahari mak ngan abah keluar gi kenduri kawin kat Putrajaya. Lepas tu, terus diorang ke KL sebab nak gi taman tasik perdana. So, tak koser aku nak ikut diorang. Bukan nye aku minat laman-laman ni. Nama je rumah ni halaman besar. Tapi, hampeh aku tak minat langsung bercucuk tanam. Tatau ah anak-anak mak abah ni dapat kat sape lah yang rajin bercucuk tanam. Anak-anak perempuan mak semua out dah. Anak lelaki tatau ah sape. Abang Farid nama je keje kat Jabatan Pertanian, tapi, cam hampeh jugak bab bercucuk tanam ni. Hahahaha. Abang Azzam boleh lah kot nak di harap kan. Umar pulak, tolong mak angkat pasu, cangkul tanah nak tanam bunga boleh lah. Hahahaha.

Asal nye, aku sepatutnya keluar hari ni nak gi karaoke ngan Ain ngan Noor. Tapi, aku malas nak gi sebab kalau aku pegi, mesti banyak duit aku habis. Yer lah kan, sikit sebanyak mesti aku nak shopping gak. Gatal tangan kan. Lagi pun kan aku cakap bulan ni banyak nak pakai duit. So, bulan ni untuk ape-ape yang tak perlu, aku ketepikan lah dulu. Aku kena berbelanje secara berhemah.

Biler dah cancel nak gi karaoke, aku pun kebetulan kena attend member aku kenduri. Aku kan dok kat area kampung. So, bile orang kampung aku kawin, kitorang akan dapat kad. Memula aku tengok kad tu aku tak perasan nama pengantin tu. Just cam tengok-tengok je lah kan. Mak aku pun bagitau lah nama pengantin tu cam nama orang dulu-dulu. Nama pengantin tu Dayang Supia. Aku memang masa memula tu sumpah tak perasan nama pengantin. Tapi, tetiba aku teringat, eh, cam kenal je nama Dayang Supia. Hahahaha. Rupa-rupanya kawan aku masa aku mengajar kat SKMS dulu. Tah ape-ape je aku ni. Kepala otak weng gamak nye.

Lepas habis melodi baru aku bersiap nak gi kenduri. Syida hari ni baik hati sebab jadi bibik tolong gosok baju aku. Hahahaha. Yer lah kan, helper kitorang, Kak Leha dah balik Indonesia ni, tak der orang nak tolong gosok baju aku. Dasar pemalas betul. Aku kekok lah weh nak gosok baju skrg ni. Huhuhuhu. Mane tak kekok nye kalau asyik Kak Leha je yang gosokkan.

Masa sampai kat kenduri tu, aku agak lah segan nak masuk kat kenduri tu sebab aku selalu pegi kenduri kat kampung ngan mak aku. Sebab tu lah aku segan yang amat sampai nak masuk kat area kenduri tu pun aku segan yang amat.



Gambar ni ambik semalam masa aku kat dalam kereta ngan Azfar sementara tunggu adik aku ade appointment ngan doktor. Muka azfar dah keboringan sebab tunggu lama giler kat dalam kereta. Nak bawak masuk dalam klinik, Azfar mengamuk. Cam ala fobia lak masuk klinik. Tapi, semalam masa kat dalam klinik, Azfar nampak lah sorang kakak ni pakai baju warna hijau, badan die kurus gak lah cam kakak ipar aku. Boleh die merangkak punya laju kat kakak tu sebab agak nye die ingat kakak tu mama die gamaknye. Aku punya gelak lah tengok Azfar merangkak laju je kat kakak tu. Kakak tu pun cam ala-ala terkejut. Kakak ipar aku sebelum die keluar gi keje pagi semalam die pakai baju warna hijau. Sebab tu Azfar ingat kakak tu mama die agak nye. Tapi, agak kagum jugak lah sebab Azfar dah boleh differentiate warna.

No comments: