Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 06, 2008

UJIPAH Version 2

Kak Tipah dah bagi dah tugasan untuk UJIPAH version 2. Tugasan UJIPAH Version 2 ni kena buat karangan lah pulok. So, aku pun kerah lah otak aku ni untuk buat karangan. Huhuhuhu. So, Kak Tipah, ini die UJIPAH Version 2 kite eh.


Tipah seorang yang suka menulis. Dia jugak suka merapu meraban dalam blog. Alkisahnya, Tipah mula melibatkan diri dalam dunia blog ni mesti lah awal dari aku kan. Aku start menulis blog dalam tahun 2005. Kak Tipah pulak start menulis blog dalam tahun 2003. Aku kenal blog die ni pun masa tu aku masuk dari satu blog ke satu blog. Sekali, terpikat lah dengan link TIPAHVOGUE tu. Aku pun masuk lah kan blog Kak Tipah ni. Masa masuk tu nak jugak lah kan tengok orang nye VOGUE ke tak kan. Hahahaha. Kak Tipah ni aku tengok memang lah happy go lucky tapi, hidup die memang tak lepas dari di uji. Banyak betul dugaan yang die hadapi. Sedih pun sedih gak kan. Tapi, aku sebagai peminat blog die, hanya mampu berdoa je lah untuk kebahagiaan kawan-kawan kan. Nak nasihat kan die pun, aku ni sape lah kan masa tu. Hanya kenal die dari jauh jerk pun.

Di sebalik kisah duka, ade jugak kisah suka Kak Tipah. Kisah Kak Tipah pegi melancong. Dan kalau die pegi melancong, di samping pegi dengan kawan-kawan, mesti die angkut sekali mak ngan abah die. Lagi satu, Kak Tipah ni aku tengok rapat ngan anak buah-anak buah die. Entri-entri Kak Tipah pun semua aku suka sebabnye bahasa-bahasa yang digunakan memang lah amat selamber giler dan santai je lah pun kalau baca. Di samping itu, Kak Tipah ni jadi part time student jugak kat UTM. Yang aku kagum dengan Kak Tipah ni sebab di samping die menghadapi kisah-kisah duka dalam hidup die, die boleh lagi study. Kak Tipah memang seorang yang tabah sebab tu aku kagum ngan die.

Lagi satu aku suka pasal Kak Tipah ni kan,
die ni aktif betul lah. Main bowling lah, tengok wayang lah, pegi preview filem lah dan macam-macam lagi lah. Dan aku suka lah nak bagitau disebabkan oleh preview filem ni lah aku kenal Kak Tipah secara in person. Kalau lah bukan sebab preview filem ni, aku rasa memang lah aku tak kenal secara in person lagi dengan Kak Tipah ni. Asalnye Kak Tipah telah mengoffer sesiapa yang nak pegi preview filem "SEPI" untuk email die. Aku pun tergedik-gedik lah mengoffer diri nak pegi preview filem SEPI. Bile aku dapat balasan email dari Kak Tipah ni, aku punya lah suka yang amat. Haahhahaa, macam dapat email dari pakwe gamak nye. Lepas dapat persetujuan dari Kak Tipah untuk berjumpa nanti kat GSC, hati aku berdebar-debar giler weh tatau nak cakap. Macam first time nak jumpa bakal suami.

Di satu hari dalam bulan Jun, aku ngan adik aku pun tunggu lah Kak Tipah kat luar GSC. Die yang datang tegur aku kat escalator. Memula aku tak banyak lah jugak bercakap. Sekali, aku tengok Kak Tipah ni peramah lah jugak. Masa tu banyak jugak lah benda yang kitorang borakkan. Sampai lah part aku cerita yang atok sedara aku ade jual kuih kat Kamunting Taiping. Rupa-rupanya die pernah beli kuih kat atok sedara aku tu. Dia siap tanya siapa yang pandai buat eh sos untuk kuih popia eh. Hahahhaa. Kalau mintak resipi tak per lah jugakkan Kak Tipah. First day aku jumpa die aku memang tak rasa janggal langsung. Memang macam orang yang dah lama kenal dah. Lepas tu, aku ngan die bersms je lah pun kan.

Aku rasa itu je lah aku nak cerita pasal Kak Tipah ni. Aku harap Kak Tipah sentiasa tabah hadapi dugaan dalam hidup ok. Semoga Kak Tipah stay happy go lucky always. Semoga berbahagia dengan cinta hati Kak Tipah.

No comments: