Wedding Ticker

Daisypath Anniversary tickers

Birthday ticker

Lilypie Third Birthday tickers

Breastfeeding Journey

Lilypie Breastfeeding tickers

Birthday Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 20, 2008

Wedding Reception Lutfi & Yus

pagi semalam tak der ape-ape aktiviti sangat. Just pegi Shah Alam je fetch Umar kat stesen bas. Pastu gi perodua servis pulak sebab nak fix kan aku punya benda bulat kat belakang kereta. Aku heran betul orang lain punya kereta tak der lah tercabut benda alah hitam tu. Aku punya jugak yang dah tercabut.



Lepas dah fix benda alah tu, pegi mcd, hajat di hati nak makan sundae je. Tapi, makan lah terus kan sebab pagi tak breakfast. Then, terus gi SACC Mall sebab Syida sibuk betul nak pegi cari kasut. Kasut yang die baru beli hari tu cam tak kena ngan kebaya yang die nak pakai untuk dinner malam nanti. Aduhai, banyak songeh betul adik ku ini. Bape banyak kasut daaa yang awak nak. Aku beli lipstik je sebatang kat Body Shop.

Lepas dah habis urusan, terus balik rumah sebab nak rehat-rehat sebab malam ade wedding dinner kat Dewan Besar Tun Rahah. Balik rumah, terus tido sekejap. Bangun-bangun tido je, adik aku bagitau Mak Long aku sampai. Lepas dah salam ngan Mak Long aku, aku masuk bilik balik lepak-lepak atas katil sambil berbalas sms ngan member aku. Bukannye nak tolong buat air ke ape kan. Hahahah. Biar lah kan, adik aku yang bergelar bibik tu kan ade. Hahahaha.

Then, terus bersiap nak pegi wedding. Aku malas nak bawak kereta. Aku suruh Umar hantar kitorang gi Dewan Tun Rahah dengan alasan aku malas lah nak cari parking. Hahhaha. Boleh pakai ke alasan aku ni? Kalau ade driver ni senang kan. Sorry yer Umar. Hehehehe. Masa dah sampai dalam lif kat Menara Tun Razak tu jumpa ngan member Syida Yuni budak Indonesia yang study kat Unitar. Then, masa memula nak masuk dewan tu aku rasa cam aku berada di indonesia lah pulak kan sebab kawan Syida ni kaum kerabat die semua dari Indonesia.


Lutfi ni mak ngan ayah die ni Indonesia. So, majlis kawin malam tadi di buat ikut adat Acheh. Kuning sangat-sangat pelamin die tau. Tak tahan mata aku ni haaa tengok. Huhuhuhu.

Berape berat lah eh benda alah kat atas kepala Lutfi tu?





Yuni ngan bf die. Memula ingatkan pakwe Yuni ni Indonesian jugak. Yer yer je aku speaking indon ngan bf die. Sekali, bf die orang sabah daaaaa. Buat malu aku jerk



Pengantin lelaki siap menyanyi lagi masa wedding reception. Pengantin lelaki ni ade band. Nama band tu, band aku. Aku tak pernah lah dengar lagu diorang ni before this. Tapi, lagu diorang best lah. Diorang nyanyi 2 lagu malam tadi. Tentang aku ngan melodi kasih. Kat bawah ni aku letak eh video yang aku dapat from Youtube.




No comments: